Persepsi aku isu Nik Aziz ditaja ke Mekah. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 14, 2009

Persepsi aku isu Nik Aziz ditaja ke Mekah.

Masa mula-mula terbaca isu pasai Nik Aziz di taja ke Mekah aku mengaku memang aku ras tak selesa sangat. Persepsi aku masa tu takdak lain melainkan RASUAH. Aku cukup setuju dengan tulisan Penarikbeca kat sini.

Bila aku baca penerangan dari Ketua Pemuda Pas Kelantan berkenaan budaya orang Kelantan yang suka taja orang alim pi ke mekah, persepsi buruk aku ada sikit berkurang.
"(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.

"Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama," kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim. [malaysiakini]

Tapi aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat PakBakar pasai tulis entry "Ariffahmi, persepsi selalu nombor satu!" Persepsi buruk aku jadi semakin rendah terutama sekali persepsi aku kat orang yang taja TG Nik Aziz pi mekah dah tak berapa buruk, kurang banyak walaupun masih ada sikit-sikit lagi. Yang tinggai sikit lagi tu pasai dia tu kontraktor.

Aku peduli apa dia tulis tu betui ka dak, aku bukan kenai sangat Penarikbeca, takat pernah jumpak 2, 3 kali ja. Aku pun bukan kenai Din Tebolah yang mana satu, kalau berselisih kot jalan saheh tak kenai. Tapi tulisan pearikbeca tu mengurangkan persepsi buruk aku kat orang yang taja tu.

Image : m'kini
Dengan Ir Ariffahmi pulak, setakat ni persepsi aku kat dia takdak masalah. Walaupun ada blog yang cuba ujudkan persepsi negatif tapi aku tetap tak boleh terima. Pada aku dia ni jenih yang boleh harap.

Pasainya aku pernah telefon dia masa kecoh isu "TG Nik Aziz nak rakaman pertemuan bloggers dengan Dr. Hasan Ali." Aku cuba nak confrmkan, call kawan rata, ada yang cadangkan aku call menantu Tg Nik Aziz dan dia bagi aku no telefon suruh tanya sendiri.

Walaupun dia tak pernah kenai aku, tapi cara dia layan aku cukup elok. Bila aku mintak dia tolong confirmkan betui ka dak TG Nik Aziz ada mintak rakaman tu, dia cepat-cepat kata tak sanggup
"Ana tak pernah buat kerja macam ni syeikh, tak pernah ana sembang dengan Tuan Guru benda-benda macam ni. Anta mintak tolong orang lain laa... Takpa ana cuba kontek orang lain yang ana rasa sesuai, tapi jangan harap sangat."
Bila aku call dia sekali lagi sebelum maghrib, dia tak jawab, tapi tak lama lepas tu dia call balik. Dia mintak maaf kat aku dia kata "ana memang tak mampu nak tolong".

Walaupun bagi orang lain mungkin takdak apa-apa, tapi bagi aku dengan pengalaman tu,  persepsi aku untuk Ir. Ariffahmi memang A.

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...