Setuju atau tak pada aku semua tu terletak kepada persepsi individu masing-masing, tapi aku yakin sangat ramai antara bloggers yang percaya dengan analisa Msk tu, dan akan ambik 'informasi' tu sebagai input untuk tindakan seterusnya.
Hasilnya aku yakin lepas ni akan makin banyak la blog yang akan mula hentam pimpinan dan parti dalam Pakatan Rakyat. Memang tak menang la tangan kalau ketua penerangan parti nak menjawab.
Sesuai la kalau Pas buat Konvension Bloggers Pas, himpun semua 'bloggers Pas'. Kalau tak boleh tolong jawap bagi pihak penerangan Pas pun kurang-kurangnya boleh kurangkan sikit jumlah bloggers yang hentam parti dan pimpinan Pas.
Cumanya, kalau 'bersemangat' nak menghentam pun aku nak jugak la menasihat, terutama sekali untuk bloggers yang ada sijil keahlian Pas. Kalau nak mudah buat macam PenarikBeca, 'letak jawatan' dari jadi ahli Pas.
Yang pertama sekali nak hentam tu kena ada tujuan. Biar tujuan kita tak lain melainkan nak bagi Pas jadi lebih elok, lebih kuat dan lebih berpengaruh. Yang paling penting bukan bertujuan kerana kepentingan peribadi.
Yang kedua, nak menghentam biar ada fakta. Bukan takat ada fakta tapi kena semak dulu perawi dia tu ok ka dak. Kalau perawi ok tulis la cara perawi ok, tapi kalau perawi tak ok, kalau nak hentam jugak, kena hentam cara perawai tak ok. Maksud aku hentam tu biar berlapik sama.
Yang ketiga aku nak nasihatkan, kita biar fokus. Maksud aku, contohnya kalau kita tak setuju dengan satu-satu tindakan pimpinan, kita belasah bab tu dah la, jangan la kita kaitkan dengan benda-benda lain yang tak berkaitan, dan seboleh mungkin jangan buat 'character assanisation', terutama sekali kepada pimpinan yang dipilih melalui muktamar.
Sebabnya, kita kena ingat, tak semestinya apa yang kita fikirkan terbak untuk Pas tu adalah sebenarnya yang terbaik untuk Pas. Tanggungjawab ahli cuma sekadar boleh bagi peringatan kepada pimpinan. Lebih dari tu elok kita kembalikan balik hak kepada muktamar membuat keputusan.
Yang keempat, sambung sendiri (mungin aku sambung lain kali kalau aku dapat 'ilham' baru.)
Yang
Semua nasihat kat atas tu lebih kepada nak nasihat diri sendiri aku sendiri pasai blog aku ni memang aku aktifkan dengan tujuan utama untuk belasah Pas dan pimpinan. Blog hangpa ikut suka hangpa.
Media Pengiklanan Baru