Menangguk di air keruh. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 27, 2009

Menangguk di air keruh.

Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Pusat kata : 
RUNDINGAN UMNO-PAS HANYA UMPAN MUHYIDDIN

Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam UM 26/10/2009. Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong Pas berpendapat umno begitu gelisah apabila melihat Pas semakin mendapat tempat di kalangan orang bukan Islam dan orang Islam. Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini. Umno sedar bahawa tungkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam. Sekarang talian hayat itu sudah berpindah kepada Pas dan pakatan Rakyat.


Sebenarnya pengundi-pengundi melayu di negara ini, terutama generasi muda mereka menyebelahi Pas. Inilah yang menjadi kebimbangan umno. Kalau undi Melayu sudah kepada Pas dan dicampur dengan undi bukan Islam maka sudah tentu ia akan memberi kesan politik yang parah kepada umno , bukan kepada orang melayu. Sifir mudahnya ialah kalau umno kalah yang menggantikan umno ialah Pas.

Pas menyedari bahawa umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau umno kalah melayu dan Islam akan hancur. Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara umno. Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas. Pas bersama dengan Pakatan Rakyat sedang mengukuhkan lagi agenda perjuangan rakyat di negara ini sebagai sebuah parti untuk menjadi kerajaan menunggu . Satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat akan diadalah di Shah Alam Selangor pada 13hb Disember 2009. [link]
Memang Umno teruk, memang Umno punca segala masalah. Macam ada Ustaz yang tutup kuliah dengan frasa "Yang baik itu dari Allah s.w.t dan segala yang buruk tu dari Umno BN."

Tapinya, apa pun yang pemimpin Umno buat berkenaan 'krisis' dalam Pas la ni, apa pun yang pemimpin Umno ulas berkenaan 'krisis' dalam Pas la ni, semuanya cuma 'menangguk di air keruh.'


Masalahnya kita yang membiarkan 'keruh' tu terlalu lama. Tak selesai masalah cuma sekadar marah kepada yang menangguk di air keruh. Harap-harap hari Rabu ni satu keputusan yang drastik akan berlaku. Harap-harap yang dah lama keruh tu akan beransur-ansur jernih.

Lambatnya nak tunggu hari Rabu, walaupun hari ni dah hari Selasa tapi menunggu Rabu terasa begitu panjang.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...