Terma kasih kat Hishamuddin? Jangan harap!! Kot aku tak maki dia lagi kat sini kali ni pun dah kira ok dah. Kalau dia bebaskan semua tahanan ISA pun Hishamuddin dan Umno takkan dapat ucapan terima kasih dari aku.
Gila ka apa nak ucap terima kasih kat orang yang dah potong dan simpan tangan kita dan lepas 7 tahun dia bagi balik tangan kita yang dia simpan tu. Kalau dia boleh sambung balik tangan jadi macam asai ok la jugak. Apa cerita penderitaan kita takdak tangan selama 7 tahun lepas?
Apa pun akhirnya setelah 7 tahun mungkin berendam air mata, Aidil Fitri kali ni Suhaib boleh cium tangan ayah dia, Laila boleh cium tangan suami dia. Depa boleh makan lemang sama-sama, depa boleh pi mesjid solat sunat Adil Fitri sama-sama. Mungkin lepas raya nanti depa boleh rancang 'bulan madu' istimewa.
Aku copy paste apa yang Laila ulas dalam blog dia...
Panggilan dari Rahim dan rahmah of Malaysiakini amat memeranjatkan saya. Kenapa? Kerana mereka kata Menteri Dalam Negeri kata, Mat Sah antara 5 orang yang akan dibebas dari ISA!!!Beberapa minit lepas itu, telefon saya mendapat panggilan bertalu-talu tanpa henti dari semua bangsa di malaysia. Mesej sms? Beratus-ratus jumlahnya dan ada yang saya beum sempat jawab lagi.
Secara umumnya, dari pembebasan ini, saya ucapkan syukur pada Allah SWT yang akhirnya memberi izin supaya mat sah mendapat kembali kebebasannya setelah 7 tahun 3 bulan dikurung tanpa sebab di Kem Kamunting. Kegembiraan saya adalah berdasarkan 3 perkara berikut:-
1- Mat Sah mendapat kembali kebebasan beliau.
2-Dia dapat bersama keluarganya semula.
3-Dia akan hidup sebagai manusia yang bebas dan merdeka.
Tiada siapa yang akan faham bagaimanakah perasaan keluarga dan dan mangsa ISA dalam situasi begini. 7 tahun yang berlalu tak akan dapat di ganti kembali dengan mudah.... namun kami akan cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru ,menerima seseorang yang telah 7 tahun dipisahkan dari kami.
"Tidak sempurna iman seseorang sebelum dia diuji..." Doakanlah saya dan Suhaib akan tetap bersabar dengan apa saja ujian yang bakal mendatang.Kami sudah melepasi ujian perpisahan 7 tahun, dan kami bersedia untuk menghadapai cabaran kehidupan dihari yang selanjutnya....
Artikel berkaitan
- FREE, FREE AT LAST.
- Alhamdulillah, Abah dah balik rumah..
- Alhamdulillah. Suami Puan Laila Iaitu Mat Sah Satray Dibebaskan !!!!!
- 5 lagi tahanan ISA anggota JI dibebas