N11 Permatang Pasir : Sapa kata Rohaizat tak layak!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 21, 2009

N11 Permatang Pasir : Sapa kata Rohaizat tak layak!!

Aku memang tak setuju kalau ada yang kata Rohaizat tak layak jadi calon. SPR memang betui buat keputusan takterima bantahan masa hari penamaan calon walaupun ada 15 bantahan dibuat.

Dia memang layak, pasai ikut peraturan SPR dia ciri-ciri yang menyebabkan da hilang kelayakkan takdak. Nama dia memang ada dalam negeri Pulau Pinang, dia bukan orang muflis dan mahkamah pun tak pernah sabitkan dia sebagai penjenayah. Jadinya dari segi undang-undang dia memang layak jadi calon PRK N11 Permatang Pasir.

Dia cuma disabitkan dan dijatuhkan hukuman oleh Majlis Peguam. Lesen guaman dia ditarik balik oleh Majlis Peguam. Bab tu memang takdak tulis dalam undang-undang pilihanraya kata tak layak bertanding kalau Majlis Peguam kata dia bersalah pun.

Jadinya apa isu besar sangat kat sini. Kurang-kurang pun ada dua isu besar. Yang paling utama isu moral. Memang dari sudut undang-undang dia layak tapi dari sudut moral dia jelas tak layak.

Mana boleh nak kata layak orang yang Majlis Peguam sendiri, satu entiti paling besar untuk peguam-peguam dah jatuhkan hukuman paling berat kat dia. Dia dah ditarik balik lesen guaman dia.

Bila dah takdak lesen maksudnya dia tak layak nak dipanggil peguam pun. Ingat senang-senang ka nak tarik balik lesen, dah tentu pasai dia dah buat kesalahan yang tak boleh dimaafkan barulah patut dikenakan hukuman paling berat.

Kalau orang biasa buat kerja yang dia dah buat tu mungkn tak berapa berat kesalahan da tapi bila peguam yang memang belajar undang-undang, yang paham pasai undang-undang kemudian lakukan kesalahan, memag tak boleh dimaafkan.

Kalau la dia memang PRK permatang Pasir ni, aku ulang sekali lagi, KALAU, malu kita, memang teruk la pengundi katsini boleh pilih orang yang tak boleh dipercaya jadi wakil rakyat depa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...