N11 Permatang Pasir : Rohaizat vs Yusri dalam persahabatan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 21, 2009

N11 Permatang Pasir : Rohaizat vs Yusri dalam persahabatan

Semalam masa Sidang Media Yusri, bekas rakan kongsi Rohaizat calon Umno, ada sorang penberita mana tah, pi tanya Yusri,
"Kalaulah En. Yusri boleh mengundi PRK Permatang Pasir Kali ni, siapa yang akan saudara pilih?" Yusri terus jawab "Saya akan undi sahabat saya Rohaizat.."

Lebih kurang macam tu la jawapan dia, ayat dia yang lain lepas tu aku tak berapa dengar pasai geram kat pemberita tu.

Aku geram pasai jawapan tu bagi kredit kat Rohaizat. Aku dah terbayang dah, tentu berita pukui 8 akan keluar jawapan tu. Silap-silap depa akan ulang jawapan tu jadi ratit harian kat TV.

Lepas tu aku terus pi Markaz Besar PAS pasai ada Sidang Media Harian kat situ. Bila sampai tang soalan jawab, aku pun tanya kat YB Mahfuz,
"Tadi masa Sidang Media, Yusri ada ditanya kalau dia mengundi PRK kali ni siapa dia akanpilih dan dia jawab dia akan undi sahabat Rohaizat. Apa komen YB?"

Panjang lebar jugak YB Mahfuz jawab. Antara lain dia kata, hak mengundi tu hak peribadi. Tapi jawapan tu mencerminkan keikhlasan Yusri dalam bersahabat. Pasai tu bila ditanya di depan khalayak ramai dia tetap kata dia akan sokong sahabat dia.

Dia masih mementingkan sahabat walaupun sahabat tu tikam dia dari belakang. Dia masih mengaku sahabat walaupun dia ditikam dari belakang.

Berbanding dengan Rohaizat, calon Umno yang diwar-warkan sebagai calon terbaik dari Umno. Sanggup dia khianati kawan sendiri semata-mata nak tutup kesalahan sendri. Sanggup korbankan sahabat semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Kalau macam ni punya orang pun boleh menang aku taktau la. Kawan sendiri pun dia boleh penaya, dia boleh jua sekupang dua, kalau dia jadi wakil rakyat aku tak heran kalau pengundi permatang pasir pun dia juai sekupang dua.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...