Isu Kedah : Exco yang baru ni boleh harap ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 27, 2009

Isu Kedah : Exco yang baru ni boleh harap ka?

Harakahdaily semalam melaporkan yang Sultan kedah bersetuju menggugurkan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa. Tempat dia akan diganti ADUN Kulim, Lin Soo Nee.

Hari Selasa lepas, masa orang dok sibuk dengankempen di Permatang Pasir, ADUN Lunas ni umum dia keluar dari PKR dan jadi wakil bebas tapi tak letak jawatan sebagai Exco Kedah.

Memang macam yang aku agak ADUN Kulim diputuskan akan dilantik jadi Exco. Layak ka dah aku taktau pasai aku tak pernah kenai Lim Soo Nee. Aku cuma mula ambik tau nama dia bila mula tmbui khabar angin kata ada ADUN PKR Kedah nak melompat.

Antara nama yang disebut-sebut termasuk ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh dan ADUN Kulim, Lim Soo Nee. Memang dari awai lagi aku pernah dengar khabar angin kata Lim Soo Nee ni tak puas hati pasai tak dilantik jadi Exco. Jadi bila ADUN Lunas lompat peluang dia nak jadi Exco memang cerah.

ADUN PKR di Kedah cuma ada 5 orang. 3 dah dilantik jadi Ecxo, bila sorang kelaur PKR tinggal 4 orang ja. Yang tak jadi Exco cuma 2 orang ja, Lim Soo Nee dan ADUN Sidam, Tan Chow Kang, tapi Tan Chow Kang ni dari dulu lagi memang tak goncang, memang teguh dengan Pakatan Rakyat.

Aku penuh yakin kalau Lim Soo Nee ni tak dilantk jadi Exco dia pasti akan ikt jejak langkah Radzhi keluar dari PKR. Elok keluar lompat masa tengah ada 'harga' lagi.

Tapi aku terfikir jugak. Mungkinkah situasi ni pun sebahagian dari master plan Umno BN nak rampas Kedah. Pasainya pada pendapat aku, tindakan Radzhi lompat masa tengah sibuk kempen PRK Permatang Pauh tak banyak bagi kelebhan kat Umno BN. Takkan dia saja-saja pi lompat kalau sekadar nak harapkan kesan yang tak seberapa.

Jadinya aku rasa ada lagi rentetan seterusnya dari tindakan Radzhi lompat ni. Aku harap Pakatan akyat Kedah pantau sungguh-sungguh Lim Soo Nee ni, jangan sampai dia pun jadi duri dalam daging macam Radzhi dulu. Aku memang langsung tak menaruh harap kat Lim Soo Nee ni.

Apa pun aku harap kerisauan aku ni tak berasas. Aku harap lepas ni Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah semakn mantap, dan terus berkhdmat dengan lebih baik untuk rakyat negeri Kedah.

Artikel rujukan
  1. Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...