Signboard anti ISA | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 28, 2009

Signboard anti ISA

Aku cukup setuju dengan cadangan zorro kat sini. Dan aku tak nampak apa alasan untuk Lim Guang Eng tidak bersetuju naikkan papan tanda macam ni.

Macam yang aku komen kat blog zorro-unmasked, kalau kuasa Menteri Besar tak dirompak dari Hj Nizar di Perak, papah tanda macam tu akan ada di mana-mana kat Perak ni. Silap-silap kat depan kem Kemunting pun depa bubuh satu papan tanda macam tu.

Aku harap orang-orang yang rapat dengan TG Nik Aziz di Kelantan, tolong juai idea ni kat TG Nik Aziz, tolong juai idea ni kat Hj Husam. Bukan setakat juai, tapi pastikan idea ni laku, biar papan tanda macam tu terpacak di jalan masuk ke Kelantan.

Macam tu jugak di Kedah, tolng sapa-sapa yang rapat dengan Ust Azizan tolong juai idea ni kat Ust Azizan, tolong juai idea ni kat Exco yang jaga portfolio Kerajaan Tempatan. Biar papan tanda macam tu terpacak di jalan masuk ke Kedah.

Macam tu jugak kat Selangor. Tolong sapa-sapa yang rapat dengan Khalid Ibrahim, tolong juai idea ni kat dia, tolong juai idea ni kat Exco yang jaga Kerajaan Tempatan. Tolong pastikan papantanda macam tu naik secepat mungkin.

Bukan setakat kerajaan negeri, Ahli majlis di Pihak Berkuasa Tempatan pun boleh main peranan. Buat cadangan dalam mesyuarat Ahli Majlis, buat keputusan dan arahkan Pihak Berkuasa Tempatan naikkan papan tanda macam tu, lagi cantik kalau boleh tulis kat papan tanda tu "sumbangan Majlis Daerah Kulim" contohnya.

Aku harap bloggers Pakatan Rakyat yang sokong ISA dimansuhkan, tolong promote idea ni. Kalau jadi idea ni aku yakin mesti 'meletup' punya.

Rujukan
  1. AS PROMISED, CHIEF MINISTER SIR!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...