N11 Matang Pasiaq : Cuma 58% keluar mengundi di Cross Street | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 27, 2009

N11 Matang Pasiaq : Cuma 58% keluar mengundi di Cross Street

Walaupun aku ada keputusan penuh dari sumber PAS tapi aku malas nak buat analisa pasai aku dah jumpak analisa yang MerdekaReview dah buat kat sini.

Cumanya analisa tu ada silap sikit pasai ditulis PR menang di semua saluran padahai sebenarnya PR tak menang di semua saluran tapi PR kalah di 3 saluran. Calon PAS kalah di saluran 1 Permatang Ara 24 undi dan saluran 1 Bukit Idera Muda jugak dengan 24 undi. Calon PAS jugak kalah di saluran Undi Pos, PAS dapat 2 dari 8 undi Pos.

Analisa yang lain boleh pakai jadi aku salin sebahagian analisa tu kat sini.
Menurut keputusan terperinci yang terpapar, BN hampir menembusi saluran pengundian kedua di Permatang Ara (97% pengundi Melayu) dengan 287 undi, bagaimanapun tidak kesampaian apabila PAS-PR memperolehi satu undi lebih daripadanya.

Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu. PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.

Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi. Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu. Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.

UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi). Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.

Pengundi muda tetap memihak PR

Walau bagaimanapun, PR kekal dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat, memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini. Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN "berjaya merapatkan jurang", golongan pengundi muda tetap bersama PR. Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

Aku cuma nak tambah sikit analisa di daerah mengundi Cross Street yang menyaksikan calon PAS dapat 75% undi. Macam yang MerdekaReview tulis daerah mengundi ni pengundi Cina lebih 80% tapi peratus keluar mengundi di daerah mengundi ni cuma 58% keluar mengundi, yang paling rendah berbanding dengan keseluruhan keluar mengundi 73% dan tempat lain ada yang lebih 82% keluar mengundi macam di Permatang Ara.

Aku rasa PAS patut buat kajian lebih terperinci pasai apa ramai yang tak keluar mengundi kat sini. Ada macam-macam kemungkinan yang ada dalam kepala aku. Ada kemungkinan peratus keluar mengundi rendah pasai ramai pengundi kat situ yang duduk di luar dan depa tak balik mengundi. Ataupun mungkinkah pengundi cina di sini ramai tak keluar mengundi hasil 'strategi' Umno. PAS patut buat kajian pasai daerah mengundi ni boleh mencerminkan pengundi cina di PRK Permatang Pasir ni.

Artikel rujukan
  1. Permatang Pasir: PR menang di semua saluran
  2. Permatang Pasir: Penilaian semula


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...