Manek Urai : Apa alasan Umno marah TG Nik Aziz bagi cuti!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 14, 2009

Manek Urai : Apa alasan Umno marah TG Nik Aziz bagi cuti!!!

Apa alasan TG Nik Aziz bagi cuti hari ni? Pada aku dan aku rasa semua yang sokong Pakatan Rakyat, takdak lain tujuan dia melainkan untuk pastikan lebih ramai orang boleh mngundi.Dan antara sebab SPR buat pengundian hari bekerja tak lain melainkan tak mau bagi ramai pengundi yang duduk jauh untuk balik mengundi.

Sebab dua tindakan berbeza tu cuma satu, pasai majoriti pengundi yang duduk luar, atau lebih tepat agi merantau keluar, depa ni lebih terbuka, lebih banyak maklumat dan majoritinya tau betapa teruknya Umno BN dan kalau balik majoritinya akan undi calon PAS.

Tapi apa pulak yang orang Umno pikir.
Inilah tujuan asal Nicky Ajis memberi cuti di Kelantan, kerana mereka sudah mendapat tahu, sekiranya peratusan keluar undi melebihi 80% maka peluang untuk BN menang memang cerah, makanya cara untuk melambatkan orang dari keluar dan menunaikan tanggungjawab mereka adalah dengan membuat 'jam' dan kecoh!

PAS tahu cara ini amat berkesan sekali. Ianya sudah dipraktikkan di beberapa pilihanraya sebelum ini, PAS cukup takut kalau rakyat Kelantan di MU mahukan perubahan, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengagalkan BN di MU!

Tapi bila tengok balik memang betui jugak apa yang depa kata. Kalau peratus keluar mengundi tinggi, tambah-tambah lagi kalau boleh cecah 90% acam kat Kuala Teengganu tahun 2004 dulu memang peluang Umno nak memang cukup tinggi.

Kalau tanya balik kat penyokong PR, depa akan sebulat suara jawab, menang tu pasai pengundi hantu, dah tentu punya jawapan tu yang akan mai spontan dalam kepala otak.

Pasai apa aku setuju dengan pendapat tu, maksud aku pendapat kata kalau % keluar mengundi tinggi menunjukkan ramai pengund hantu keluar mengundi. Aku yang cukp biasa main dengan angka-angka masa pilihanraya ni memang tau sangat. Dah 3 kali PRU aku terlibat jaga dan kaji data-data terutama sekali data pengundi. Aku rasa aku layak untuk buat kesimpulan.


Kesimpulannya secara umum, depa yang sebelum-sebelum ni tak keluar mengundi memang jarang sangat akan keluar mengundi. Depa ni aku golongkan terbahagi kepada dua golongan. Yang pertama sekali jenih yang memang tak pernah ambik tau pasai politik. Kata la apa pun, hari mengund depa tetap tak lkeluar mengundi. Nama depa pun dulu ada orang yang tolong daftar, kalau harap depa nak daftar sendiri, memang tak daftar punya.

Golongan yang kedua tak mengundi pasai duduk jauh. Depa teringin nak mengundi tapi teringin depa tu tak cukup kuat untuk diterjemah kepada kerja. Depa tak cukup alasan yang kuat untuk balik mengundi atau lebih tepat lagi depa ada alasan yang lebih kuat untuk tak balik mengundi.

Disinilah kecekapan Umno ambik kesempatan. Nama-nama yang tak keluar mengundi ni depa dah kenal pasti siap-siap. Yang dikatakan pengundi hantu ni akan mengundi guna nama depa ni laa.. Pasai tu ada terjadi kes terpencil, bila sampai time nak semak nama kat petugas SPR dalam bilik mengundi nama dia dah dipotong, maksudnya nama dia dah mengundi dah pada hal dia memang belum mengundi.

Ada yang macam tak percaya bila aku bentangkan kes ni. Kena la pulak aku bentangkan modus operandi Umno ni yang cara dia cukup mudah. Yang penting depa dah pastikan beberapa dua benda dah 'clear' sebelum tu.

Yang pertama nama pengundi tu memang 'clean' dengan maksud dah beberapa kali PRU nama tu tak mengundi. Lebih mudah kalau nama pengundi tu orang tempatan tak kenai. Lagi mudah kalau memang nama tu didaftarkan 'khas' untuk tujuan ni. Yang kedua, petugas SPR yang semak nama kat bilik mengundi berkenaan pun 'clear' dengan maksud setuju bekerjasama. Dua-dua benda ni mudah pasai biasanya kerani SPR tu memang ramai orang Umno, bukan takat Umno biasa tapi Umno 'KEMAS'.

Cara nak mengundi pun mudah dan lebih 'real' lagi kalau guna orang luar pasai Poling Ejen tak kenai. 'Pengundi Hantu' tu cuma perlu buat sama macam pengundi biasa buat. Bila sampai giliran dia nak mengundi dia pun tunjuk kad pengenalan dia macam pengundi lain jugak beserta dengan kertas bercatat no siri nama yang dia nak mengundi. Perlu aku tekankan, kaedah ni tak memerlukan kad pengenalan palsu.

Peduli apa kalau nama kat kad pengenalan tak sama dengan nama kat dalam buku daftar pemilih pasai kerani SPR tu bukan baca nama kat kad pengenalan tapi dia baca nama kat dalam Buku Daftar Pemilh. Apa poling ejen kita boleh buat? Poling ejen tak boleh buat apa-apa, dia cuma boleh dengar no siri, nama dan no kad pengenalan yang kerani SPR tu baca sambil dia semak dalam buku daftar pemilh yang ada kat dia, dah tentu sama punya laa. Dan pengundi hantu tu boleh mengundi tanpa sebarang masalah.

Fuh!! Lari gila dari tajuk kat atas tu. Tak pa la kalau aku rajin aku sambung lagi bab pengundi hantu ni dan apa sangkut paut modus operandi ni dengan cuti. Sebenarnya ada banyak lagi modus operandi yang Umno BN boleh dan telah buat dalam menipu masa pilihanraya.

Artikel rujukan (yang tak perlu di tengok pasai blok orang Umno)
  1. Parpukari


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...