N14(P31) Manik Urai : Apa khabar Manik Urai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 15, 2009

N14(P31) Manik Urai : Apa khabar Manik Urai

Memang patut pun kalau ada yang peringat jangan hilang fokus, fokus kita yang terdekat adalah PRK N14(P31)Manik Urai . Pasainya aku memang hilang fokus, atau lebih tepat lagi hilang ingatan, tarikh penamaan calon dan hari mengundi pun lupa sampai kena tanya google.

Untuk mereka-mereka yang lupa macam aku, elok ingat balik

PENAMAAN CALON : 6 JULAI 2009 (ISNIN)
PENGUNDIAN : 14 JULAI 2009 (SELASA)


Jadinya bila nak mula berkampung kat sana?

Aku sampai hari ni masih belum buat keputusan bila nak pi sana. Buat keputusan apa bendanya kalau tarikh pun tak penamaan calon dan hari mengundi pun tak ingat.

Jadinya, bila dah ingat ni aku kena plan cepat la. Paling lewat pun esok kena bincang dengan big boss, bila aku boleh start cuti kerja tanpa gaji. Insyaallah aku akan cuba untuk ada kat sana kurang-kurang pun mula dari hari penamaan calon sampai hari mengundi.

Sebenarnya baru tadi member dari Pejabat Perhubungan PAS Perak call aku ajak pi sana. Dia ajak start 18 haribulan ni, esok lusa la. Kalau boleh sampai hari mengundi. Tengok la macamana, esok lepas aku bincang dengan boss.

Lagi satu dia bagitau aku, depa kat sana cuma nak petugas untuk IT, Penerangan dan Keselamatan SAHAJA. Yang lain katanya depa tak perlu. Mungkin depa dah cukup tenaga bab-bab lain.

Kalau tengok PRK sebelum² ni pun memang jentera dari Kelantan paling ramai. Masa kat PRK Bukit Gantang dulu, satu DUN ja hantar beratus petugas. Kata la satu DUN boleh hantau 200 petugas, Darab dengan 44 DUN (45-1) dah ada 4,400 petugas.

Jadinya setakat nak pi sana nak bagi ramai baik tak payah pi, aku takut bukan boleh membantu tapi lagi mentyusahkan orang sana, paling kurang pun susahkan depa pasai jalan jadi sesak.

Lagi satu setuju sangat dengan apa yang Penarik Beca tulis,
Orang menyampah pelancong pilihan raya!!

Anda ada dua pilihan:
1) Menyerbu beramai-ramai ke Manek Urai dan menjadi pelancong pilihan raya yang melangak dan melangut tak ketahuan darat dan laut di sana-sini. Orang tempatan menyampahlah!!

2) (a)Duit yang hendak dibazirkan kerana hendak menjadi pelancong pilihan raya di Manek Urai itu anda dermakan kepada Tabung Pilihan Raya Manek Urai.
3) (b) Di samping menderma wang anda sendiri, anda turut mencari derma dan disampaikan semuanya kepada Tabung Pilihan Raya Manek Urai.

Aku pernah tulis pasai pelancung pilihanraya ni masa PRK Kuala Terengganu dulu. Kalau rasa boleh paham baca kat sini. Aku nak bagitau awai², aku tulis tu guna slang ikut suka aku dan ditambah pulak dengan banyak kesalahan mengeja. Jangan marah aku kalau tak faham.

Akhir sekali aku nak 'quote' apa yang Malaysiakini laporkan sebelum ni
Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...