UMNO PAS : Pertemuan tidak sulit dengan TG Hj Hadi di London | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 15, 2009

UMNO PAS : Pertemuan tidak sulit dengan TG Hj Hadi di London

10 wasiat Hassan al-BannaMacam yang Muhaimin tulis kat sini dan sini, hari ni dia sambung lagi pasai pertemuan tidak sulit dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di London. Kali ni dia tulis Antara 16 Sept. dengan Unity Government

Panjang berjela dia tulis 'laporan' perjumpaan tu. Penarik Beca ada ulas sikit kat sini. Aku cuma nak ulas sikit, part yang last sekali.
5. Orang yang khatam Usul 20 Hasan al Banna, tidak faham-faham wala' & siqah. Yang tak pernah reti apa itu menatang wala' & siqah, boleh takjub dengan 16 September yang tak menjadi. Demokrasi katakan. Kita bebas bersuara.

Aku yakin ramai yang tak pernah pun tau apa dia 20 usul Hasan Al Banna tu. Jangan ada yang silap baca jadi sifat 20 pulak. Lari jauh sangat tu.

Secara ringkas usul 20 ni aku cilok dari blog PAS Serkam Darat
Berikut adalah Usul 20 yang dikemukakan oleh Imam Hassan Albanna sebagai rukun usrah yang perlu difahami oleh setiap ahli gerakan islam.
  1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
  2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
  3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
  4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
  5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
  6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
  7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
  8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
  9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
  10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
  11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
  12. Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
  13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
  14. Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
  15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
  16. Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.
  17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
  18. Islam mengangkat peranan akal manusia.
  19. Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
  20. Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Kalau nak yang panjang sikit ayatnya boleh baca kat sini.
Kat dalam tu perkara 5 ditulis sebagai
Pandangan Imam dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan yang berbagai hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada makna-maknanya sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...