Lawan Umno : Mat Sabu tunggu sampai mahgrib | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 22, 2009

Lawan Umno : Mat Sabu tunggu sampai mahgrib

Aku taktau apa yang ada dalam kepala Bang Mat Sabu masa buat kenyataan kat Malaysiakini.

Jugak aku taktau samaada Bang Mat sabu terlibat dengan Mesyuarat Khas malam satgi dengan TG Nik Aziz, Tg Hj Hadi, Ust Nasa dan beberapa pimpinan tertinggi PAS.

Malaysiakini melaporkan
Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu masih berteka-teki sama ada ingin menerima pelantikan sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS atau sebaliknya.

Ditemui Malaysiakini sebentar tadi, keputusan muktamad penyertaannya dalam jawatankuasa tertinggi parti itu akan diketahui "Maghrib hari ini."

Aku mengharapkan selain bincang pasai idea kontroversi Kerajaan Perpaduan, mesyuarat malam ni bincangkan jugak pasai lantikan dalam PAS yang dibuat masa mesyuarat AJP Pusat yang pertama minggu lepas.

Aku masih lagi mengharapkan 2 bekas Naib Presiden sessi lalu yang jugak calon Timbalan Presiden yang kalah pemilihan baru-baru ni diserap masuk ke dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Mungkin harapan aku agak payah nak direalisasikan pasai terpaksa melibatkan pimpinan lain yang dah dilantik ke jawatan lantikan² tu tapi bagi aku yang lebih penting yang patut pimpinan tertinggi fikirkan adalah untuk menyelesaikan terus kekusutan akibat idea 'mengarut' Kerajaan Perpaduan.

Kalau la boleh keputusan macam tu dibuat aku cukup yakin semua pihak yang ragu dan risau berkenaan idea Kerajaan Perpaduan akan lega.

Jadinya aku setuju Bang Mad Sabu umumkan lepas Maghrib, tapi aku mengandaikan Bang Mad Sabu 'musafir' jadinya Bang Mad Sabu boleh buat jamak takhir. Maghrib Bang Mad Sabu takdak masalah walaupun selepas habis Mesyuarat Khas malam satgi.

Boleh kut macam tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...