mStar melaporkan
Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).
Macam yang aku tulis sebelum ni kat sini, aku harap keputusan tu dicapai pasai dua 'wakil' PAS masa mesyuarat tu 'keras' menentang. Tapinya tak pulak ditulis senarai MB dan KM yang hadir. mStar juga melaporkan
Menurut kenyataan itu, semua Raja hadir kecuali Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah; Sultan Kelantan diwakili Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra; Sultan Perak diwakili Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah; dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.
Padahal kalau ikut wikipedia
Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.
Laman web malaysianmonarchy pun tulis ahli mesyuarat Majlis Raja-raja juga melibatkan Menteri Besar/Ketua Menteri.
Semua Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri hadir sama selaku penasihat kepada Tuanku dan Yang di-Pertua Negeri.
Dalam pada tu mStar jugak melaporkan Taklimat AG ditangguh atas "faktor masa"
Taklimat oleh Peguam Negara berhubung tiga akta yang bakal dipinda bagi menangani isu-isu mengenai pertukaran agama, yang dijadualkan petang tadi telah ditunda atas alasan "faktor masa."
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika mengesahkan perkara itu berkata, ia terpaksa dibatalkan kerana faktor masa yang terhad pada hari ini.