Lawan Umno : Undang² bab Murtad BN? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 27, 2009

Lawan Umno : Undang² bab Murtad BN?

Aku bukan reti sangat English ni, masa aku belajar dulu belum ada PPSMI. Jadinya aku taktau la apa yang aku paham ni betui ka dak.

NST hari ni laporkan berita mengenai conversion (murtad?). Katanya Majlis Syura' Ulama kabinet dah buat fatwa, bilamana seorang dari pasangan memeluk Islam dari agaman lain, anak pasangan tu mesti dibesarkan dalam agama masa pasangan tu berkahwin.
On April 23, the cabinet reached the decision that in the event of a spouse converting to Islam or another faith, the children of the couple should be brought up in the faith of the couple at the time of their marriage.

Katanya isu ni melibatkan tiga undang-undang yang perlu dipinda.
  • Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976,
  • Islamic Family (Federal Territories) Law 1984 and
  • Administration of Islam (Federal Territories) Islamic Law 1993.

Katanya jugak, pindaan tu mesti dapat kelulusan Majlis Raja-raja sebelum dibentangkan di Parlimen. Yang lebih penting lagi, satu jawatankuasa mengenai 'murtad' dah dibentuk untuk mengkaji perkara tu.

Antara ulama' besar yang jadi anggota jawatankuasa tu
  • Maj-Gen (r) Jamil Khir Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
  • Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
  • Dr S. Subramaniam (Menteri Sumber Manusia)
  • Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
  • Dr Koh Tsu Koon (Bekan Ketua Menteri Pulau Pinang)

Bagi aku ada 5 isu besar kat sini.

Pertama - Undang² betui ka ikut syariat. Kalau si ayah masuk islan tapi mak takmau masuk Islam atau sebaliknya kalau si emak masuk Islam tapi si ayah takmau masuk Islam, anak² tak boleh nak masuk Islam sama. Maksudnya, biar anak dia tu kena humban dalam neraka??

Aku bukan ulama' jadi aku takdak 'autoriti' nak bahas benda ni. Aku harap sangat Dewan Ulama' PAS ambik peduli pasai isu ni. Jangan setakat komen, kalau setakat nak komen aku pun boleh. Kena la buat 'proper' sikit. Kurang² pun buat kertas lengkap berkenaan isu ni, dan bagi cadangan macamana sepatutnya.

Lagi satu aku nak dengar jugak Timbalan Presiden PAS yang masa pemilihan baru-baru ni dikatakan berstatus ulama'. Bagi la statement ilmiah sikit.

Kedua - Kabinet yang buat keputusan? Patut la pun keputusan macam tu. Nak harap apa lagi kalau bagi kat kabinet buat keputusan, dah tentu la keputusan ni berdasarkan kepentingan politik. Habih tu hukum syara' macamana? Mampuih pi laa..

Ketiga - Jawatankuasa mengenai 'murtad'. Yang ni aku tak payah komen kut pasai dah tentu la anggota dalam tu semuanya 'ulama' besar'. Takdak pulak disebut sapa yang jadi pengerusi. Lagi satu aku rasa depa ni buat keputusan cara undi angkat tangan, dah tentu la setuju sebulat suara.

Keempat - Majlis Raja². Yang ni la pun kut kalau nak boleh harap pun. Tu pun nasib baik kalau depa tak buat² lupa jemput sama Sultan Kelantan dengan Sultan Kedah sama, boleh la jugak TG Nik Aziz dan Ust Azizan Razak berkeras dalam mesyuarat tu, tu pun kalau depa berani...

Tapi dibuatnya depa buat-buat lupa nak lemput dua Menteri Besar tu, selamat laa.. nak harap Menteri Besar begeri-negeri lain?

Kelima - Malaysia ni negara Islam? Apa komen bloggers BPN??

Baca artikel berkenaan di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...