Tiga rang undang-undang akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang bersidang sekarang melibatkan Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sementara itu, Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kehadiran bagi taklimat yang hanya akan melibatkan ahli Parlimen beragama Islam.
Aku tak tau apa motif Ketua Pembangkang kata macam tu, tapi mStar melaporkan lagi
Katanya, taklimat itu perlu melibatkan semua ahli Parlimen dan tidak hanya terhad kepada mereka yang beragama Islam memandangkan ia melibatkan pembentangan rang undang-undang.
"Jika anda fikir kita boleh berbincang tentang syarak dan Islam, memang cukup hanya melibatkan ahli Parlimen beragama Islam untuk berkongsi pandangan mereka.
"Bagaimanapun, keutamaan adalah untuk membentangkan usul di Parlimen. Untuk menjemput hanya ahli Parlimen Islam (menghadiri taklimat) dan membabitkan ahli Parlimen bukan Islam untuk berbahas, ia aneh bagi saya," katanya.
Pada aku kaedah yang depa nak buat ni tak lain dari kaedah 'pecah perintah'. Memang dah lama Umno BN buat kerja ni, dari dulu² lagi. Depan orang Umno depa cerita lain, depan orang MCA depa cerita lain dan depan orang MIC depa cerita lain pulak.
Depan pimimpin PAS depa janrang sangat cerita, cuma semenjak dua menjak ni ja kut ada, tu yang timbui isu kerajaan perpaduan tu kot, tapi tu cerita lain.
Yang nyatanya pindaan undang² tu ditangguhkan dulu. Ditangguh bukan bermakna takkan diteruskan, besar kemungkinan lain kali pulak depa buat. Tapi kalau idea kerajaan perpaduan jadi kenyataan mungkin tak tangguh kut, tapi tu pun cerita lain jugak.
Sebelum aku terus merepek taktentu punca baik aku berenti. Sebelum tu boleh tengok MB Perak Hj Nizar yang sempat pi mesyuarat Majlis Raja² tak berapa kali pun sebelum Dr. Zambry rampas kerusi dia kat situ mesyuarat tu.