Lawan Umno : Awat la jadi lagu ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 03, 2009

Lawan Umno : Awat la jadi lagu ni

Aku sebenarnya dah malas sampai tahap gaban dah. Tah apa nak jadi politik Malaysia ni, tak faham aku. Dah rasa tak larat nak ikut. Aku dah sampai malas nak fikir.

Patutnya sehari dua ni banyak benda boleh aku ulas, boleh aku tulis kat sini. Terlalu banyak sebenarnya, atau lebih tepat lagi terlampau banyak.

Tambah pulak hari ni, dengan isu babi di kedah, isu Cikgu Bad 'putus' hubungan dengan DPP, isu wacana dah jadi kerjasama, isu bubar DUN Perak pun riuh jugak.

Patutnya masa ni semua kepala dok tumpu kat Manik Urai, PRK Manik Urai memang la tak berapa penting untuk politik Malaysia. Apa pun keputusannya Kelantan tetap akan PAS Perintah. Cumanya sapa yang kalah akan dapat malu.

Kalau PAS kalah dah tentu-tentu kena kutuk dengan Umno dan penyokong Pakatan Rakyat pun akan ada jugak yang kalau tak belasah berdepan pun tapi perli-perli mesti ada punya.

Kalau Umno yang kalah, itu biasa, habih-habih pun riuh la sehari dua. Lepas tu senyap la balik, kalau nak riuh balik pun tunggu ada PRK pulak. Aku rasa akan ada lagi PRK lepas ni, mungkin banyak lagi kut sebelum sampai PRU 13.

PRK Manik Urai pun aku tak tau lagi boleh pi ka dak. Patutnya aku dah ada kat sana, tapi apa boleh buat, keadaan belum mengizinkan dan besar kemungkinan jugak.

Balik pada cerita politik semenjak dua menjak ni, aku malas dah nak layan sebenarnya, lagi baik aku 'layan' kerja yang banyak tertangguh, yang tak siap laig, yang patutnya siap semalam-semalam.

Mungkin lepas ni aku dah malas nak ulas dah isu-isu politik ni kut. Aku rasa aku nak main copy & paste aja laa. Tak larat nak 'buang' masa buat ulasan, kecuali kalau ada isu-isu yang menarik minat aku nak 'layan'.

Yang lain, aku nak tungu dan lihat ja la, tengok apa nak jadi, lepas tu copy paste kesudahan cerita. Senang kerja, kepala pun tak pening.

Untuk laporan pasai PRK Manik Urai boleh jenguk kat




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...