Salam,
Sebelum ini saya jarang singgah kat blog cenangau. Pendirian saya selaras dengan saudara. Usah peduli dengan apa yang orang lain nak kata.
Blog kita, ibarat macam isteri yang dimpamakan bak ladang ...
Saya rasa yang saya nak tambah sedikit tentang pendirian MSO tentang UG, TGHH dan geng beliau.
MSO gagal melihat kewajaran dan aoutonomi TGNA dalam mengeluarkan satu-satu pandangan yang bertentangan dengan pendirian MSO. MSO menggambarkan pendapat TGNA tidak merdeka dan bergantung kepada penasihat-penasihatnya khususnya Husam dan Annuar Bakri.
Persengketaan peribadinya dengan Husam telah menyebabkan MSO gagal melihat rasional di sebalik setiap nasihat dan teguran TGNA terhadap sesuatu isu khususnya tentang engagement dengan UMNO. MSO sentiasa menegakkan tesisnya bahawa Husamlah yang mendorong dan memanipulasi TGNA.
TGNA menegur dengan agak keras setelah dilihatnya "anak" ini begitu ghairah tanpa mempeduli kegelisahan akar umbi dan pimpinan. Seolah-olah Ustaz Nasha telah terputus dengan akr umbi atau tidak peka. Ini agak jelas akan keghairahannya apabila memberi reaksi segera tyerhadap kenyataan Najib bahawa PAS ikhlas dalam isu UG ini.
Nasha terlupa bahawa kenyataannya tidak boleh mewakili PAS dan dalam keadaan Prsidennya berada di luar negara.
Kepekaan TGNA bahawa apabila Najib menyebut PAS seolah-olah menggambarkan PAS telah bersetuju tentang UG ini, sedangkan UG masih pada peringkat idea, dan belum pun dibawa dibawa sebagai kertas agenda dalam mesyuarat tertinggi pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.
Jadi pada saya, Nashalah yang terpencil, dam TGNAlah mewakili keputusan Muktamar di Ipoh. TGNA menegur yang maksudnya Nasha telah terkhilaf dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan sama ada mewakili PAS atau kenyataan peribadi.
Sebagai orang no 2 dalam PAS dan yang akan mengambil alih tampuk PAS sekiranya berlaku keuzuran kepada TGHH, sepatutnya hal yang "asas" ini disedari benar-benar oleh Nasha.
Sebaliknya MSO tidak berpendirian sama apabila mengulas tentang TGHH. Tidak mungkinkah beliau dipengaruhi dengan orang-orang yang didekatnya. Kalau kita lihat, siapa dibelakang TGHH - Nasha, Cikgu Pha, Harun Taib. Dan pendapat mereka khususnya tentang idea UG ini adalag seragam.
Hakikatnya siapa yang lebih mengenali UMNO dan segala sepak terajangnya, selain TGNA. TGNA kenal benar sama ada UMNO benar-benar ikhlas apabila mereka "menyambut" idea UG ini.
Alasan dakwah, dan cuba melupakan sejarah silam tentang perlakuan UMNO terhadap PAS, saya berasakan alasan yang dangkal dan bermuslihat.
Saya setuju dengan idea dan pendirian Husam bahawa PAS wajib mengggantikan UMNO dalam menjuarai masa depan politik dan survival Melayu. Prioritinya ialah memperkukuh PAS dan memperkukuh Pakatan Rakyat.
Apabila PAS dan PR kuat dan dapat memenangi hati orang Melayu maka ketika itulah UMNO akan datang meminta talian hayat. Dan ketika inilah UMNO terpaksa tunduk terhadap syarat-syarat PAS.
Keadaan sekarang pula adalah terbalik. PAS yang terhegeh-hegeh dalam keadaan PR masih dalam proses pengukuhan dan dalam keadaan UMNO (UBN) masih majoriti. Sudah tentu pemenangnya ialah UBN.
Sedikit masa lagi, saya akan cuba megupas isu "engagement" yang tempang ini dan cuba menyorot mengapa sosok-sosok tertentu begitu teruja dengan "engagement" dan "UG" ini. Sebenarnya pada saya ada sesuatu yang "keliru" dalam pemikiran sosok-sosok yang ghairah ini.
Akhirnya, teruskan berkarya atas kapasiti pendirian saudara.
Wassalam
p/s. Kalau nak bagi lagi idea kat sini, aku sangat alu-alukan. Juga terbuka untuk pembaca lain. Dengan syarat sesuai dengan stail aku dan selari dengan pendirian aku laa... Boleh tulis kat komen atau lagi bagus kalau boleh email kat aku kat cenangau @ gmail.com