Penyertaan bukan Islam dalam PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 15, 2009

Penyertaan bukan Islam dalam PAS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Artikel kat bawah ni aku copy dari Al-Banjari yang copy dari Mr Kolumpo. Memang menarik dan 'ikhlas'.

Aku pernah tulis artikel yang agak keras bab ni dan aku memang nak ulas pulak bab 'Dewan Bukan Islam' ni tapi takdan, pasai aku rasa kena buat research sikit baru tak merapu. Nanti-nanti la kalau ada masa aku tulis. Buat sementara ni baca dulu yang Mr Kolumpu tulis kat bawah ni.
Semakin hari semakin kuat dan meningkat sokongan non muslim di dalam PAS. Sehinggakan kelab penyokong pas sudah dikatakan hampir tepu. Sebenarnya ini lah yang ditakuti oleh UMNO. Parti yang berasaskan perjuangan kaum sudah tidak relevan. Teori pecah dan perintah yang diserap masuk oleh british sudah lapok dan tidak laku.

Ini dibangkitkan oleh saudara Hu Pang Chow pengerusi Kelab Penyokong PAS. Dan Tuan Guru Nik Aziz ada mengulas bahawa menangguhkan keahlian kerana bimbang diserang oleh UMNO.

Pada hemat saya yang daif, sebenarnya UMNO bukan menyerang kerana mahu mentertawakan PAS tetapi SEBENARNYA MEREKA AMAT TAKUT AKAN TERJADI HAL INI. Betul...ada sesetengah org PAS yang tak mahu satu hari nanti org non-muslim bertanding untuk pegang jawatan presiden,tetapi sebenarnya bukan itu cara nya.

Pada hemat saya, PAS perlu menubuhkan satu sayap seperti sayap Pemuda dan Muslimah, khas untuk ahli non muslim. Sayap parti untuk non muslim membolehkan mereka menjadi ahli. Walaubagaimanapun kita hadkan keahlian mereka paling tinggi boleh pegang Ketua sayap untuk non-muslim. Sekurang2nya mereka tidak rasa dipinggirkan sedangkan mereka sama2 berjuang,bekerja dan mengundi untuk parti.

Bukan kah ini juga satu cara untuk mendekati dan berdakwah kepada mereka?? Jika dibukakan hidayah untuk mereka memeluk Islam maka mereka boleh di serap kedalam sayap Parti PAS yang lebih kanan.

Apa yang HU cakap ada kebenarannya..seperti sepasang kekasih yang mengungkap kan kata I LOVE YOU seribu kali pun, bila diajak kahwin tapi ditolak, lama2 mereka boleh lari.

Mungkin ramai di antara mereka ini yang tidak berparti. atau bekas dari ahli serpihan MCA dan MIC. Mereka seperti kita juga, mungkin mereka tak berapa nak ngam dgn DAP dan PKR, jadi mereka terus mendampingi PAS yang satu2 nye parti yang saya lihat lebih adil,telus dan bersih (hanya pendapat saya). Mungkin mereka tak suka dgn PKR setelah terjadinya isu lompat parti gara2 kebangangan 2-3 ekor munafik tu.

Mungkin juga mereka tak berapa suka akan DAP dengan pendekatan segelintir DAP yang tidak mahu bertolak ansur tentang hukum Islam contoh Karpal Singh. Mereka ini kebiasaannya rapat dgn org melayu dan Islam. Mereka tahu kebaikan dalam Islam. Jadi inilah masanya untuk kita menyelamatkan mereka.

Saya sayangkan PAS dan saya sayangkan Pakatan Rakyat. Jika sekiranya satu2 cadangan itu boleh mendatangkan keuntungan kepada kita, tidak salah kita menerimanya. Jangan kita lupa mereka yang non-muslim ini lah yang menjadi penggerak kemenangan PAS di Kedah , P.Pinang , Perak dan Selangor.

Kepada Tuan Guru yang saya hormati, janganlah takut akan ancaman UMNO. Selama ini Tuan Guru dah menempuh pelbagai ancaman ugutan tawaan dan kejian dari UMNO tapi lihatlah sekarang, kita berada di ambang kemenangan. Kepada ahli PAS pula, jangan lah risau, jangan pedulikan hasutan UMNO. Mereka sebenarnya takut dan risau dengan penyertaan non muslim di dalam PAS. Kita hanya tubuhkan satu sayap kiri dalam parti dan kedudukan mereka paling tinggi hanya di dalam sayap itu sahaja selagi mereka tidak memeluk Islam. Dalam pada itu bayangkan kita boleh berdakwah dan mereka pula boleh mendekati kita dgn lebih erat seperti dalam sebuah keluarga yang besar.

Itu hanya pandangan peribadi saya yang daif lagi tidak berkepentingan. Masing2 ada pendapat masing2.terpulang samada setuju atau tidak. Harap PAS boleh mempertimbangkannya...demi perpaduan dan tertegaknya Daulah Islamiah seperti Makkah dan Madinah di zaman Rasulullah s.a.w

p/s :Di zaman rasulullah dahulu, puak kristian dan yahudi dibenarkan duduk dalam masjid Nabi semasa mereka ingin bertanya tentang konsep ketuhanan dalam Islam dan tatkala itulah turunnya surah Al-Ikhlas.jadi apa kurangnya perbandingan seperti yang berlaku sekarang.

Segerakan bukan Islam sertai PAS - Malaysiakini
Takut Umno, PAS tangguh ahli bersekutu


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...