Muktamar ke-55 - Politik wang dalam PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 15, 2009

Muktamar ke-55 - Politik wang dalam PAS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aku sebenarnya terkejut dengan kenyataan dari Ketua Dewan Ulama' yang mengatakan mungkin ada politik wang dalam PAS. Aku bukan terkejut pasai 'tuduhan' tu tapi aku terkejut pasai orang yang 'menuduh' tu.

Kalau betui un ada macam yang dia kata, pada aku tak patut sangat Ust Daud Iraqi sebagai Ketua Dewan Ulama' bukak cerita tu dalam media. Sepatutnya dia boleh dengan mudah guna saluran dalaman.

Dia dengan mudah boleh rujuk terus kes tu kepada jawatankuasa disiplin. Biar siasatan dibuat dah bila dah saheh dan dijatuhkan hukumah barulah boleh kalau nak bagitau kat umum pun.

Lain la bloggers macam aku ni, apa sangat saluran parti yang kami ada. Lagi pun kalau aku contohnya yang buat pendedahan, keannya tak tara mana kepada parti. Tai bila Ketua Dewan Ula a' yang buat macam tu, memang la kecoh.

Mengulas isu ini, calon Ketua Pemuda PAS, Ust Din Tantawi dalam blog dia ada tulis
Saya hanya menjawab [ kepada wartawan ] Demi Allah ! saya tidak mengetahuinya . Cuma , jika benarlah ia berlaku [ saya berharap ia tidak berlaku ] , maka ia adalah suatu yang sangat menyedihkan dan PAS Pusat mesti mengambil tindakan tegas.

Satu jawapan yang aku anggap ikhlas dari dia. Tapi bila dia sambubg ladi
Apalah tujuan politik wang di dalam PAS ? nak kejar apa dalam PAS ? lainlah dalam UMNO . Demi Allah , sukar saya mempercayainya . Sungguh saya berharap perkara ini tidak berlaku ! Andai berlaku , saya tegaskan sekali lagi PAS Pusat mesti siasat dan mengambil tindakan wajar .

Ayat ni pada aku satu sangat menecerminkan betapa dia cuba berlagak 'ideal' dan memang sepatutnya macam tu idealnya dalam PAS tapi realitinya selalu sangat kita dengar walaupun takdak 'bukti konkrit' .

Di Perak sendiri pun antara punca berkalu krisis pasai ada dakwaan 'rasuah dan penyelewengan' yang sedikit sebanyak menyumbang kepada tidak kondusif yang akhirnya mengakibatkan krisis yang berpanjangan di Perak.Cumanya orang tak berapa riuh pasai 'bukti tak konkrit'.

Pada aku apa sangat nak heran kalau memang betui benda tu berlaku dalam PAS pasai memang dah jadi 'hukum alam' macam tu. Di mana ada semut di situ ada gula. Golongan oppertunis memang takkan lepaskan peluang. Kalau peluang tu ada dalam PAS, mesti punya depa kerumun PAS.

Yang jadi persoalannya macamana PAS 'handle' masalah ni. Pada aku cra Ust Daud Iraqi tu langsung tak kena. Pada aku secara peribadi akan tengok 'tuduhan' tu lebih dasi sisi 'melobi' pasai la cukup panas bab melobi isu kepimpinan ulama'. Nampak macam dia nak tala tuduhan tu ke 'seseorang'. Tambah pulak dia tak namakan sesiapa lagi mudah la dia nak kena serang secara terbuka.

Pada aku Ust Fatah Harun masa menjawab isu ni pun nampak macam terlebih sikit bila dia kata
“Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau (Mohamad Daud) sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” katanya.

Memang la tak salah tapi bagi aku biarla berlapik sikit. Jangan la komen macam ahli biasa komen. Banyak ayat yang boleh diguna kalau sungguh-sungguh tak puas hati pun. Biar nampak ada sikit hormat sekurang-kuerangnya pada jawatan Ketua Dewan Ulama'. Kalau nak bantai 'kaw-kaw' pun biar cakap terus depan dia, bukan depan media.

Apa-apa pun aku sangat yakin dengan majoriti perwakilan yang akan mengundi masa Muktamar awai Jun nanti. Aku cukup yakin kalau betui ada 'politik wang', calon yang terlibat akan kalah. Yang tu aku amat pasti, insyaallah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...