Kira-kira memang boleh tabik laa kat Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim. Aku dok agak dah habih dah semua hakim kat Malaysia ni menikus takut kat Zaki Azm, bekas peguam Umno. Rupa-rupanya masih ada lagi hakim yang tak sanggup melacurkan kredibiliti.
Pada aku hakim ni memang berani pasai dalam alasan penghakiman dia pertikai tindakan orang besar-besar. Bukan calang-calang besar punya, kira yang paling besar laa kat neraga ni kalau ikut kuasa yang ada kat depa.
Mula-mula dia pertikai Penasihat Undang-Undang Negeri Perak yang aku yakin sebagai pencacai kepada Najib sebagai Perancang utama krisis perak. Pertikai Ahmad Kamal Md Shahid sama la macam pertikai Najib Razak.
1. Semua kenyataan dan perakuan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato' Ahmad Kamal Md Shahid dalam affidavitnya tidak diterima oleh mahkamah kerana pasukan peguam DS Nizar berjaya membuktikan Dato' LA itu tiada wibawa dan nyata berpihak (tiada credibility dan impartiality).
Lepas tu dia pertikai Peguam Negara. Bukan takat pertikai tapi kalau baca betui-betui, ayat tu lebih kepada 'pelece' "tak faham perlembagaan ka?"
2. Semua pandangan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dalam celahannya sepanjang perbicaraan kes ini diputuskan sebagai tidak menepati tafsiran sebenar bagi peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada mana-mana artikel yang dirujuk.
Yang paling hebat dia pertikai Sultan perak yang selalu disebut-sebut sebagai pakar undang-undang.
3. DYMM Sultan Perak tidak mempunyai kuasa memecat Menteri Besar atau menitahkan Menteri Besar meletak jawatan.
4. Tindakan DS Nizar memohon perkenan pembubaran DUN pada 4 Februari 2009 tidak bererti Menteri Besar itu mengakui atau mengesahkan bahawa dia telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli DUN Perak.
5. Ketika permohonan perkenan bagi pembubaran DUN dikemukakan oleh DS Nizar, kedudukan belahan sokongan dalam DUN Perak ialah 28 PR dan 28 BN, manakala kerusi ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah diisytiharkan kosong oleh Speaker pada 30 Januari dan 3 Februari.
6. DYMM Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status 'hilang sokongan majoriti' kepada Menteri Besar. Kuasa memutuskannya adalah hanya pada DUN, di dalam persidangan DUN, melalui usul undi tidak percaya (vote of no confidence).
7. Berdasarkan prinsip demokrasi dan sistem raja berperlembagaan, DYMM Sultan sepatutnya hendaklah memperkenankan permohonan pembubaran DUN yang dikemukakan oleh DS Nizar.
8. Oleh kerana DS Nizar tidak meletak jawatan, DYMM Sultan tidak berkuasa memecat atau menitahkan perletakan jawatan MB dan DYMM Sultan tidak berkuasa menyiasat untuk menentukan status kehilangan sokongan majoriti bagi seorang Menteri Besar, maka perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah dan batal.
Kalau calang-calang orang memang tak berani la kata macam tu. Bukan takat kata tapi kenyataan bertulis.
Alasan penghakiman di salin dari Cyberboron yang buat liputan dari dalam mahkamah. Dan aku setuju dengan Perisik Rakyat bila dia tulis
Terima kasih kepada barisan peguam-peguam hebat yang mewakili Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak yang SAH) yang bertungkus-lumus dan bersusah payah menabur bakti tanaga dan wang ringgit didalam menegakkan keadilan. aku difahamkan bahawa barisan peguam-peguam yang mewakili Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin tidak mengenakan sebarang bayaran kepada DSIN dalam kes ini.