Sebetuinya program tu dah rancang lama, lepas habih mesyuarat kali pertama lepas Mesyuarat Agung lepas lagi kalau tak silap aku. Masa tu memang la aku tak berniat nak publish pasai program tu program dalaman tertutup. Depa cuma panggil Ketua dan setiausaha cawangan ja.
Sampai pukui 6 petang semalam pun masih lagi program tertutup. Tapi bila keluar keputusanMahkamah Tinggi berkenaan kes MB Hj Nizar ramai pulak yang tanya, kat aku pun ramai yang tanya.
Lepas tu aku terus call NYDP mintak persetujuan supaya majlis tu dibuka kepada orang ramai. Rupanya dia pun ramai yang call bagitau nak pi. Jadinya depa memang dah ambik keputusan bukan program tu untuk semua.
Lepas maghrib baru aku pi markaz Titi Serong dengan 'senjata'. Niat memang nak pasang projektor, nak tayang clip video berkenaan Sidang DUN Perak minggu lepas. Masa tu la aku cuba nak 'publish' pasai program tu tapi tak berjaya sampai masuk waktu Isya.
Lepas Isya' aku mula pasang segala 'senjata'. Nak jadi cerita video tak mau keluar ke skrin. Berpeluh jugak la aku cuba. Audio ada tapi video 'fail'. Sampai la KP mai laptop dia menyelamatkan keadaan tapi dah lambat dah, penceramah pun dah sampai. Dan la pasang dalam 10 minit.
Memang menarik ceramah dia semalam. Orang ramai pun nampak 'terhibur'. Cara dia cerita pun menarik, memang banyak peningkatan kalau banding masa dia mula-mla jadi YB dulu.
Kalau takat ADUN BN tiga hari tiga malam pun depa tak boleh sentuh speaker, depa ramai tua-tua, perempuan ramai pulak, mana boleh lawan ADUN PR yang ramai muda-muda. Tapi bila masuk polis 50 orang memang la tak boleh makan
Akhir sekalai yang paling penting dia ingatkan pasai 'apa lepas ni'. Apa lagi kalau bukan pilihanraya.Kalau sultan setuju terima Hj Nizar mengadap dan setuju bubar DUN, dalam masa 60 hari akan ada pilihanraya seluruh Perak. Jadinya mulai esok kena mula bukak markaz UPU. Kena mula kerja-kerja pilihanraya.
Aku cuma tak puas hati satu ja. Ada ka dia boleh lupa nak 'promote' buku BlogNet@Perak pasai Krisis Perak tu. Tak logik sungguh laku 13 buah ja. Kalau dia ,promot' aku yakin kalau takat 35 buku yang ada tu sat ja licin. Memang nak kena YB aku ni.
Jadinya kat aku ada tak banyak dah, 22 buah ja lagi. Sapa nak cari aku masa program Gerakerja Pilihanraya minggu depan dengan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, ka program tu pun program tertutup jugak.