Isu Nizar vs Zambry : 'Penjelasan kenapa saya tarik diri' - Husam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 28, 2009

Isu Nizar vs Zambry : 'Penjelasan kenapa saya tarik diri' - Husam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aku terkejut sat bla baca tajuk macam tu kat dalam RSS Harakahdaily. Ish! Takkan Hj Husam tarik diri pulak.Ni berita panas ni. Bila bukak link tu rupa-rupanya cerita pasai debat kat TV malam tu.

Pada aku memang elok sangat la H Husam tarik diri, buang masa ja kalau calon Timbalan Presiden PAS takat berdebat dengan Ezam. Kalau nak berdebat takat dengan Ezam ja, PAS tak payah hantar pimpina peringkat pusat, cukup dengan ketua cawangan kat Parit Buntar ja. Tu pun dah boleh masak dia kena.

Lagi satu tindakan Hj Husam tarik diri tu memang patut untuk jaga status pimpinan PAS. Biar depa sedar sikit yang kita ni bukan kebuloq sangat nak masuk TV, tak kira depa buat apa pun janji muka boleh masuk TV.

Biar depa beringat sikit, lain kali jangan nak buat lebih kurang dengan pimpinan PAS, jangan nak permain dengan orang PAS.

Lagi satu elok jugak tak jadi debat Hj Husam vs Zahid Hamidi malam tu, kalau jadi, tak adil la untuk calun-calun Timbalan Presiden yang lain. Hj Husam dah tentu punya dapat 'dcredit' lebih kalau jadi debat tu. Tentu punya 'karisma' dia akan terpancar.

Aku mungkin salah seorang dari beribu yang akan rasa sikit tak puas hati, tak banyak, sikit ja pasai aku nak Hj Mat Sabu menang pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS minggu depan. Pasai apa aku lebih suka Mat Sabu? Bagi yang tak baca lagi boleh baca kat sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...