Penanti : Berapa undi Dr. Mansur boleh dapat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 28, 2009

Penanti : Berapa undi Dr. Mansur boleh dapat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Apa cerita Penanti la ni? Lagi 2 hari ja tinggai untuk berkempen, setakat ni agak-agak berapa undi calon PKR boleh dapat?

Persoalannya boleh ka Dr. Mansur dapat undi lebih dari Fairuz dapat dulu masa PRU 12. Dalam situasi la ni pada aku kalau Dr. Mansur boleh lepas angka 7 ribu pun dah cukup baik.

Umno pulak untuk pastikan ahli dia keluar mengundi, dah pun taja bas untuk rombongan sempena PRK. Biasanya bas rombongan sempena PRK dibuat oleh orang luar kawasan mengundi untuk pi ke kawasan mengundi tapi depa buat untuk pengundi Penanti keluar dari Penanti.

Laporan dari Harakahdaily menyebut rombongan tu dibuat ke beberapa destinasi seperti Cherating, Pahang; Genting Highland, Pahang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Rombongan menggunakan beberapa buah bas itu akan bertolak pada pagi Jumaat esok dan hanya kembali ke Penanti pada Ahad malam, 24 Mei selepas pusat pengundian ditutup.

Agen-agen Umno, katanya sudah berkeliaran di kampung-kampung antaranya Kubang Semang, Mengkuang Semarak dan Kampung Pelek sebaik selepas penamaan calon mempelawa para pengundi khususnya ahli-ahli Umno untuk menyertai rombongan yang ditaja sepenuhnya pemimpin Umno setempat.

"Dua buah bas yang ditaja bekas Adun Penanti yang juga Ketua Bahagian Umno, Dato' Abdul Jalil Majid akan bertolak ke Bukit Kayu Hitam pada pagi Ahad hari mengundi dari Kampung Mengkuang Semarak," katanya.

Dalam laporan yang lain pulak ada yang bagi maklumat yang lagi hebat. Memang Umno bersungguh-sungguh nak pastikan ahli dia tak keluar mengundi.
Harakahdaily dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.

"Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit.

Memang Umno bersungguh-sungguh nak pastikan ahli dia tak keluar mengundi. Depa sendiri tak percaya kat ahli depa, takut ahli depa tu undi Dr. Mansur. Padahai apa salah ahli Umno keluar mengundi pasai ada lagi 3 calon bebas ataupun boleh buat undi rosak kalau takmau sokong calon bebas.

Khairi Jamaluddin dilaporkan secara terbuka di dalam akhbar menggesa untuk pengundi Penanti tak keluar mengundi. Selain tu jugak ada beberapa kain rentang yang perkataannya jelas dibuat oleh Umno BN dipasang di Penanti dengan harapan ramai yang meluat dengan Pakatan Rakyat dan tidak keluar mengundi.
'Orang Cina Sokong Dr Mansor kerana KeADILan dan PAS Alat Orang Cina'
Jangan Undi KeADILan untuk selamatkan Pulau Pinang Daripada Cina'
'Anwar Guna Azizah Untuk Depan. Guna Saiful dan Azizan untuk belakang'


Akhir sekali aku nak tolong ulang apa yang Tuan Guru Nik Aziz pesan kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat terutama sekali untuk ahli PAS yang mengundi di N12 Penanti,
Marilah kita bersama-sama keluar tidak kira PAS, KeADILan, DAP, Umno dan lain-lain parti atau orang yang tidak berparti beri sokongan pada Dr Mansor. Biar Pakatan Rakyat menang untuk membolehkan pentadbiran berjalan dengan sempurna.

Buatlah keputusan dengan mengekalkan sokongan pada Pakatan Rakyat. Jangan ubah atau keliru dengan serangan halus BN supaya rakyat tidak turun mengundi. Bila kita ikut pasti kita kalah

Boleh dapat ka undi lebih dari 7000? Berdasarkan apa yang aku tengok dan yang aku dengar, setakat la ni aku kurang yakin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...