Nizar vs Zambry : Mogok benda lain pun ok jugak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 28, 2009

Nizar vs Zambry : Mogok benda lain pun ok jugak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Macam aku kata sebelum ni, aku kurang setuuju depa mogok lapar. Aku tak sangka sungguh polis boleh jadi terasa sampai macam tu. Kira hebat la kesan mogok lapar tu sampai polis 'terpaksa' tahan 19 orang termasuk 14 orang wakil rakyat.

Macam yang aku tulis sebelum ni, aku pun heran pasai apa polis jadi sampai macam tu. Agak-agak sapa punya kerja (arahan) sampai jadi lagu tu.

Apa pun aku masih kurang bersetuju dengan mogok tu. Patutnya PR Perak boleh buat mogok lain, mogok yang boleh 'nampak' kesan mogok tu.

Aku nak cadangkan apa kata PR Perak mogok jangan cukur jambang. Selagi tak bubar DUN selagi tu la tak cukur jambang, misai dan/atau janggut. Lagi ok kalau masuk sekali rambut. Fuh! kalau jadi laa, memang 'nampak'.

Kalau dulu pernah jadi Sultan 'mogok' tak cukur jambang pasai MB takmau berhenti, kali ni MB pulak mogok pasai Sultan tak mau bubar DUN.

Tapi bila fikir balik mugkin tak berapa sesuai kut. Pasainya aku rasa Hj Nizar bukan jenih yang ada jambang kut. Kalau dia jenih macam aku, mogok berpuluh tahu pun belum tentu nak nampak jambang tu. Ada tu mungkin laa ada tapi payah nak nampak.

Tapi kalau Zambry yang mogok macam tu memang nampak sungguh la pasai memang dah jenih dia banyak bulu.

Tapi kalau ada bloggers yang nak 'mogok' tak cukur jambang ni aku rasa cantik jugak. Lagi ramai lagi 'meriah'. Lepas tu update la rupa jambang tu dari masa ke semasa.

Tapi ada ka bloggers yang sanggup nak mogok macam tu?
Apamacam? Ada berani?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...