Isu MB Nizar - Mahkamah dah macam balaci Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 12, 2009

Isu MB Nizar - Mahkamah dah macam balaci Umno

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aku macam tak habih lagi terkejut dengan keputusan mahkamah tinggi semalam. Memang 'gila' punya keputusan, pusing 180°, langsung takterfikir hamik akan menyebelahi Pakatan Rakyat.

Itu cerita kelmarin, cerita hari ni nampak macam balik kepada asal, gaya Malaysia Boleh. Kali ni Umno bukan tak peduli undang-undang tapi depa buat mahkamah semacam jadi balaci depa. Kesannya mahkamah menjadi super cakap, pukui 9 pagi mohon rayuan, pukui 11 dengar rayuan dan pukui 1 tengahari dan keluar keputusan. Memang cekap 'gila babi'.

mStar melaporkan
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali hari ini yang membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

Nampak macam benda kecik ja, macam takdak apa-apa. Nampak macam Zambry hanya guna hak dia untuk buat rayuan. Tapinya kesannya cukup basar. Hj Nizar dan lain-lain Ecxo PR cuma sempat masuk pejabat beberapa jam saja, mungkin jugak ada yang takdan pun nak masuk. Kesan yang paling ketara Zambry berjaya sambung 'hayat' dia semula.

Persoalannya Hakim Ramly Ali baru mambenarkan rayuan untuk didengar. Bila nak dengar taktau lagi walaupun kata hakim "akan menetapkan tarikh awal", lepas tu pulak berapa lama nak dengar satu benda lain pulak.

Kalau ikut standard mahkamah Malaysia kes boleh ambik masa sampai bertahun baru nak selesai. Kalau kes memali boleh dijadikan contoh, sampai la ni pun belum selesai lagi. TU tak kira lagi tangguh pasai hakim cuti sakit la, kena kursus la, nenek kawin la.

Silap-silap boleh sampai masa PRU ke 13 pun boleh jadi kes ni belum selesai. Harap-harap jangan sampai macam tu la. Tapinya yang nyatanya selagi kes rayuan tu tak selesai selagi tu la 'status quo'nya Zambry yang 'acting' MB.

Kesimpulanna, isu kes mahkamah ni aku dah tak penin dah pasai mahkamah pun dah macam balik kepada keadaan asai.

Aku dan orang-orang yang 'sewaktu' dengan aku boleh la rangka plan untuk terus jaga dan memperkasakan 'bukit uhud' dan seterusnya insyaallah menang 'perang uhud'.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...