
Bila dah bukak internet nampaknya memang sah apa yang aku dengar. Tapi yang aku cukup mushkil awatnya depa seronok sakan sangat. Cara 'takbir' nya begitu bersungguh-sungguh.
Hampir semua blog yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat macam budak-budak baru dengar pengumuman dari penyimpan mohor besar raja-raja yang mengistiharkan anak bulan telah kelihatan, esok raya.

Aku mushkil pasai takat pengetahuan aku yang bukan lawyer ni, aku rasa ada 2 lapis proses mahkamah lagi baru boleh dikira keputusan muktamat. Aku yang lawyer 'jadian' pun bukan ni dah rasa pelik. Takkan aku salah kut. Tapinya takkan depa-depa yang ramai pulak yang salah.
Jadinya aku pun call member Blognet@Perak yang sorang tu yang dah jadi macam lawyer 'jadian'. Masalahnya dia pulak tak angkat telefon. Kat sapa lagi aku nak rujuk, member lawyer 'pecah geran tanah' ada la, takkan nak call dia kut. Satgi bukan dia yang cerita kat aku tapi aku kut yang kena cerita kat dia.
Malam baru lawyer 'jadian' tu call aku balik masa aku sibuk pasang wayar kat markaz. Dia jawab mudah ja "apa pun tunggu perkembangan esok." Sebelum tu masa sembang dengan kawan-kawan ada yang tanya, soalan dia aku tak berapa ingat macamana bunyi dia tapi lebih kurangnya "Hj Nizar sah MB perak tapi sampai bila?" Ada sorang jawab "Sampai setakat hari ni dia MB yang sah"
Petang tadi dah sah la macam yang aku dok agak. "Ada yang tak ikut skrip kot, tapi takkan pengarah nak biar, tak tegur". Mahkamah balik macam sebelum-sebelum ni. Mungkin kut mahkamah 'lari' sikit dari skrip pasai nak sambut ulang tahun yang ke 63
sebagai 'hadiah' special untuk Umno.

Laa.. ubat tidur yang aku dapat masa kat Bukit Gantang hari tu ada belen lagi, tapi aku takut pulak kut-kut dah habih tarikh luput.
La ni, masa aku tulis entry ni aku mushkil dengan apa pulak benda pelik nak jadi lepas ni.