GEMPAR!! ADUN Kuala Keluar PKR?? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 13, 2009

GEMPAR!! ADUN Kuala Keluar PKR??

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Tadi ada member 'bernama' sms tak confirmation pasai berita dalam KMU ada kata ADUN Kuala Kurau keluar PKR. Aku pun tanpa prejudice terus jawab pendek ja. "FITNAH". Jawah dulu, bagi mati cerita dulu. Kurang-kurang pun kalau betui cerita tu dan la kut kalau nak buat apa-apa yang patut.

Memang la aku tak percaya dengan cerita tu tapi macamana pun nak kena siasat jugak. Kurang-kurang pun aku kena cal PA dia tanya apa cerita.
Seperti yang saya katakan sebelum ini. Satu pertemuan sulit antara lima orang Adun pakatan Perak dan wakil BN Perak berlangsung malam tadi di Bandar Sunway. Dua orang Adun Melayu,dua Cina dan satu India.

Pertemuan itu sengaja diadakan di luar Perak untuk mengelakan ianya dikesan oleh nizar bintang tiga.

Adun-Adun ini meminta undian secara sulit diadakan semasa DUN Perak bersidang nanti untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap nizar bintang tiga.

Mereka berjanji akan memberi sokongan kepada BN agar DUN Perak tidak dibubarkan.


Bila aku call Nan PA YB Yunus, dia pun dah maklum pasai fitnah tu. Dia terus mintak aku tolong jawab dalam blog ni.

Ikut maklumat dia semalam Yunus ada taklimat kat pejabat PRK Bahagian. Dia pun ada kat sana sama. lepas tu depa terus balik rumah. Tu pun dah pukui berapa dah. Dan dia sahkan memang takdak langsung Yunus pi mana-mana lepas tu.

Aku langsung tak percaya fitnah ni pasai baru malam sebelumnya dia bagi taklimat apa yang berlaku di Dewan 7 Mei lepas kat Markaz Titi Serong. Kalau ikut cerita dia malam tu dia memang meluat sungguh kat Umno ni.

Tambah-tambah lagi dia meluat kat 'katak' walaupun dulu sebelum 'barua' tu lompat dia cukup rapat. Masa kat Dewan hari tu dia cerita salam dengan depa pun dak. Dia kata dia cukup respek kat Hj Nizar yang boleh salam dengan ADUN BN, dia tak sanggup pasai dia takut dari salam bertukar jadi sepak pulak satgi.

Lagi pun baru sangat kes PA dia kena 'serang'. Dia bukan taktau cerita yang lepas tu meneru orang kampung mai tolong. Tu yang geng samseng tu lari sampai kereta kancil pun depa tinggai.

Aku ingat kalau betui dia keluar Pakatan Rakyat, bukan takat 20 orang pi serbu dia, 20 kereta pun aku rasa sikit. Mungkin orang-orang belah Bukit Gantang baik-baik tapi kalau nak tengok macamana orang Parit Buntar boleh la dia try.

Yang nyatanya semua tu memang fitnah pasai depa saja nak divert isu. Tu ja


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...