Awai-awai Subuh hari ni aku dapat mesej dari tah sapa aku tak kenai pasai nama tak timbui, harap keluar no mana la aku nak kenai sapa.
Aku kalau dapat sms yang macam ni aku buat tak layan ja, pada aku kalau aku tak kenai sapa yang hantar aku akan anggap macam tak pernah dapat ja. Aku buat macam dapat iklan tah apa dari tah sapa-sapa. Abaikan ja.
01-May-2009 5.57am
Khidmat pakar Bomoh dalam dewan undangan negeri perak pagi tadi. Kelihatan seorang pawang dengan kemenyan dan mentera mengusap ruang dan tmpat duduk tuan speaker pagi tadi.
Hebahkan. Sia hadir brduyun2 pd 7mei, khamis bagi menyaksikan kesan jampi serapah yg di buat oleh pakar perundian bomoh trsebut.
Cis!! Ingat ka ada yang nak bagitau sapa mati ka. Biasanya jam-jam ni aku dapat mesej nak bagitau orang mati ja. Pasai aku tak kenai sapa yang hantar jadi aku pun balas lebih kurang ja laa...
Apa yang hang mengarut subuh2 ni?
Belah petang sampai lagi satu mesej dari nombor yang sama.
01-May-2009 4:08 pm
Slm. Info shahih dr peg suk. Exco knan bwa bmoh ke dun pg smlm utk psiapan sdang dun 7mei.
Suk subahat benarkan dun dmasuki leh org asing tnpa kwalan. Mhn sebarkan kpd umum. Ini tndkan khurafat umno.
Bunyi macam perawi boleh pakai ni pasai aku baru teringat Perisik Rakyat ada buat posting pasai bomoh ni. Takkan Perisik Rakyat berani tulis hal kat perak padahai dia bukan ada kat Perak. Tentu dia dapat dari sumber yang boleh pakai punya.
Jadinya check punya check memang betui sumber perawi tu memang aku kenai, memang 'seseorang' la kat Ipoh nu dan memang aku tak pernah simpan no dia.
Jadinya aku nak kata berita ni soheh tahap 'hasan' aku tak berani. Memang la aku yakin perawi tu tak mereka-reka cerita tapi aku tak kenai perawi kepada perawi tu. Tapi aku yakin cerita tu betui, kalau tak tepat pun mungkin detail dia la kut.
Awat pulak tak boleh percayanya. Kalau dah namanya Umno lebih teruk dari tu pun depa pernah buat. Bukan maksud aku semua orang Umno macam tu tapi yang jenih macam tu memang ramai.
Bukan takat perasap kemeyan, kalau boleh bubuh jin 7 saudara jaga kerusi speaker tu pun depa sanggup buat. Berapa kos pun depa sanggup bayar. Aku rasa kalau jin tu mintak 7 mangkuk darah pun depa sanggup bagi, ala hospital bukan jauh mana, nak menang punya pasai.
Sapa nak nafi yang kes Mona Fendi kerat 18 tu bukan orang Umno punya kerja. Bukan takat ahli biasa-bias tapi melibatkan pemiimpin, wakil rakyat Umno. Contoh yang cukup jelas dan satu dunia tau. Takat contoh-contoh kecik tu belambak ok ada.
Apa kesimpulan dari cerita tu. Tak lain tak bukan menunjukkan memang Umno tak senang duduk pasai tarikh 7 Mei ni. Dan satu yang PR kena ambik ingat, puak-puak Zambry ni akan buat apa saja untuk pastikan depa menguasai dewan 7 Mei ni. Depa berupaya dan sanggup buat walau apa saja.
Jadinya PR kena tingkatkan kawalan keselamatan. Memang elok la ceramah YB Sivakumar kat Bagai Serai minggu lepas depa bataikan. Jangan dedahkan dia dengan risiko. Tahap ni bukan dia sorang ja, ADUN-ADUN PR yang lain pun kena berjaga-jaga jugak, jangan sampai ada pulak jadi benda-benda yang akan tambah menyusahkan kita.