Polis Nafi Laporan Kononnya Adun Kuala Kurau Diserang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 02, 2009

Polis Nafi Laporan Kononnya Adun Kuala Kurau Diserang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dalam pukul 12 ada sorang member call aku tanya pasai kes ni. Member tu tanya aku betui ka PA Dr. Mujahid kena serang. Terkejut aku, macamana pulak boleh timbui ke situ pasai takat yang aku tau cuma PA ADUN Kuala Kurau yang kena serang.

Dalam pukul 1 pagi ada sorang lagi member call aku tanya soalan yang sama. Ish!! hebat rupanya 'mainan' tah sapa ni.

Kat dua-dua member tu aku maklumkan yang sebenarnya yang kena serang tu PA ADUN Kuala Kurau dan dia cuma luka sikit kat tangan. Aku berani cerita pasai baru sebelum tu bersembang dengan member yang pi tempat kejadian.

Member yang pi sana tu siap kata kes tu macam tak melibatkan politik, lebih kepada masalah peribadi. Aku pun tak tanya lebih lanjut. Lagi pun aku kenai background PA ADUN tu sebelum dia joint PAS, memang boleh tahan 'power' jugak dia tu.

Bila balik aku terus bukak blog. Dah ada postig pasai tu kat perakexpress MSK tulis yang dia dapat maklumat dari Al-Banjari, jadinya takpalah sebab 'someone' dah cover cerita tu.

Pagi ni macam-macam pulak cerita timbui. Dah meleret-leret. Nanti-nanti keluar la cerita rasmi. Dan tepat 02 Mei, 2009 18:19 PM Bernama keluarkan berita kat bawah.


IPOH, 2 Mei (Bernama) -- Polis hari ini menafikan laporan beberapa laman blog yang mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Yunus Jamhari diserang sekumpulan lelaki berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa serangan sebenarnya adalah pembantu khas kepada Adun berkenaan yang hanya mengalami kecederaan kecil di tangan akibat terkena pisau ketika mempertahankan dirinya.


"Saya ingin tegaskan bahawa motif serangan tidak ada kaitan langsung dengan hal politik. Sebaliknya ia berpunca akibat masalah peribadi melibatkan pembantu khas itu dengan kumpulan lelaki tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Mat Fauzi yang enggan mengulas lanjut bagaimanapun mengesahkan polis telah menahan empat orang bagi membantu siasatan kes serangan berkenaan.


Bernama difahamkan pembantu khas berkenaan dan seorang wanita merupakan antara empat yang ditahan polis itu dan kesemua mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah Isnin ini.


Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi berkata kejadian serangan dipercayai adalah bermotifkan cemburu yang melibatkan seorang wanita.


Beberapa laman blog melaporkan sekumpulan lelaki bersenjatakan cota dan senjata tajam yang tiba dalam tiga buah kereta telah menyerang pembantu khas berkenaan pada pukul 8.40 malam tadi ketika beliau sedang minum di sebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.


Nantilah malam sikit aku pi tanya kat sumber-sumber yang aku boleh percaya yang aku rasa tau cerita sebenar. Kalau ada 'cerita' menarik aku laporkan kemudian.

Mungkin aku boleh dapat cerita disebalik kejadian yang mungkin menarik untuk dikongsi. Kalau takdak laporan susulan dari aku boleh lah kalau nak anggap berita dari Bernama ni sebagai berita 'muktamat'.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...