Apa bloggers Umno kata pasai esok 7 Mei | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 07, 2009

Apa bloggers Umno kata pasai esok 7 Mei

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Saja takdak kerja. Dah rata merayau dari blog ke blog. Apa kata kita tengok apa bloggers-bloggers yang mengaku pejuang melayu kata.

Taipingmali kata
APAKAH PERITIWA INI AKAN BERULANG ESOK DI IPOH?
Siapa dalang yang membawa kepada kegilaan penyokong Pas untuk menunjukkan sifat berani berjuang dan sanggup mati kerana mempertahankan pemimpin mereka. Jawapannya ialah Nik Aziz. Nik Aziz telah berjaya menghasut pengikut Pas supaya berjihad menentang kerajaan yang ada dan menjanjikan syurga kepada mereka melalui jihad dan mati syahid.


Pejuang Bangsa kata:
Mat Sabu ditahan dan mungkin ramai lagi akan kena esok ...

Ini lah wajah pemimpin mereka yang sanggup melaga-lagakan bangsanya sendiri dan suka berlaku huru hara dalam negara. Tangkap kepala geng mereka ini merupakan langkah yang tepat dan bijak sebelum ketua mereka ni turun pada esok harinya .Tindakan agresif dan pantas oleh polis dilihat perlu bagi mengekang sebarang usaha yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam berhubung keputusan Kerajaan Negeri Perak baru yang bakal melangsungkan Persidangan DUN pertamanya esok.
Aku ingat tujuan mat sabu buat semua ini merupakan ada agenda untuk beliau menonjolkan diri sebagai hero PAS di mata ahli PAS supaya memilihnya sebagai calon Timbalan Presiden PAS.


GAP kata
KETUA POLIS NEGARA ! BILA NAK TANGKAP SAIFUDIN ?

mat sabu sudah kena tangkap . ok satu perkara dah settle. dia sengaja buat macamani bukan kerana dia pejuang pun, cuma mahu mendapat publisiti murahan taraf pelacur tua lorong hj taib. bulan 6 dia nak bertanding jawatan timbalan presiden pas, dan mat sabu tahu ustaz nasa,husam,hasan ali dan azizan razak tidak berani untuk digari. strategi politik murahan mat sabu, macam biasa dan macam dulu-dulu. sekarang ni soalan aku kepada tan sri musa hasan, BILA NAK TANGKAP SAIFUDIN NASUTION pakar strategi politik pakatan.


Abang Tuah kata
KAPLA TAIK DITAHAN..!!

KUALA LUMPUR 6 Mei - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis di sebuah restoran di Jalan Pahang di sini, bagi membantu siasatan berhubung penganjuran satu majlis solat hajat anjuran parti itu di Manjoi, Ipoh, esok


Penghuni Gua kata
MOHAMAD SABU DITAHAN : SEWAJARNYA LAMA DULU !

Sepatutnya sudah lama beliau ni ditangkap dan disumbat ke dalam kem kemunting dalam tempoh yang lama. Ada beliau diluar pun bukan boleh memperbaiki umat. Menjahanamkan lagi adalah. Kerja beliau hari-hari sejak PG kenalnya dari tahun 1987 sehingga sekarang, tak ada lain; tunjuk perasaan dan memaki hamun, memfitnah dan mencerca orang. Itu le kerja nya bila saja bangun tidor sehinggalah pejam mata tidor. Mungkin masa tidor pun mimpi dan mengigaunya pun memaki hamun dan mencerca orang.


Perak Bangkit kata
Road Block dan Penangkapan akan bermula

Maka tibalah masanya untuk pihak berkuasa berkerja dengan lebih tersusun dan rapi. Maka sesiapa yang datang ke Perak bertujuan untuk bikin huru-hara wajarlah ditangkap. Rakyat Perak menolak para penghasut tersebut. Kepada orang luar Perak... Sila balik dan berambus!!! Jangan cuba nak hina dan derhaka kepada Sultan kami. Berambus sekarang!!!!! Atau... kamu semua akan ditangkap pihak berkuasa!!!!


Panglima Perang Cyber kata
Edisi Pagi : Mengapa Munajat Perdana jam 5 pagi esok di Perak ?

Maklumat tidak rasmi menyatakan bahawa ada cubaan pada esok hari di Perak, tidak ubah seperti modus operandi yang dibuat di Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar semasa majlis angkat sumpah MB Dr Zamry tempoh hari. Menggunakan masjid dan akhirnya menjadi sarang melancarkan serangan terhadap pihak polis yang bertugas mengawal keadaan.


Malaysian-2day kata
Maka ketawa besar lah si Ah Chong dan Kalimuthu

Satu persoalan yang aku nak ajak kita semua fikirkan, jika di takdirkan ALLAH "sesuatu" terjadi pada 7hb mei ini, maka agak2 saudara ku sekelian siapa yang akan bertepuk dan ketawa besar keseronokan?? Siapa lagi kalau bukan Ah Chong dan Kalimuthu. Jadi sebelum "sesuatu" itu terjadi, aku sekali lagi menyeru untuk kali terakhir TOLONGLAH GUNAKAN CARA LAIN UNTUK MENUNJUKKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA SEMUA. GUNAKANLAH CARA YANG AMAN DAN DIPLOMATIK. Kita dah berada di zaman teknologi tinggi tetapi kenapa tindakan kita masih seperti di zaman batu!?!? Mari fikirkan bersama.


Parpukari kata
MOH KITE SELAMATKAN PERAK!

Saya mengajak umat islam seluruh malaysia mendoakan kejayaan sidang dewan negeri perak berjalan dalam keadaan tenang. Kita berdoa kehadrat Allah swt kejayaan atas kerajaan yang di pimpin oleh Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir, bukan kerana Dr Zamry mewakili umno dan BN, tetapi kerana ini lah kerajaan umat Islam.


Ada sapa-sapa rajin nak jawab? Mula-mula aku nak jawab tapi jadi malas pulak, buang karan ja layan puak-puak ni.

Saja nak tambah sikit.
Tukar tiub kata kesian kat budak budak punk rockers… kah kah kah…
Tapi aku lagi kesian kat hakim-hakim, taktau pulak kut hari ni depa nak pakai jubah kaler hijau, tak pun kaler merah jambu…. kah kah kah…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...