Peta Jalan Bandaraya Ipoh - update | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Wednesday, May 06, 2009

Peta Jalan Bandaraya Ipoh - update

Kalau ikut berita mstar esok akan banyak jalan yang ditutup di Ipoh. Kesian aku kat orang Ipoh, tentu lagi sesak la jalan. Memang payah la sikit orang yang nak kena sampai pejabat tepat pada masanya. Yang ada temujanji kat Ipoh esok pagi pun macam tu jugak.

Jalan dijangka akan bertambah sesak pasai ceritanya ramai orang luar akan turun Ipoh lagi bertambah-tambah sesak la Bandara Ipoh. Katanya dari awai subuh lagi orang luar ramai yang akan berpusu-pusu ke Ipoh.

Dengar ceritanya depa nak turun nak tengok sendiri pasai mungkin satu rekod dunia aka tercatit pasai katanya ada Kejohanan Merebut Kerusi di Ipoh esok pagi. Kejohanan yang pertama dan terulung di dunia ni akan berlangsung di Bandaraya Ipoh.

Ramai yang mungkin sanggup turun dari jauh pasai mungkin ni peluang sekali seumur hidup, mungkin dah tak jumpak dah kejohanan macam ni lain kali. Kalau ada pun tak tau bila agi, mungkin 10, 100 atau mungkin 1000 tahun lagi, tu pun kalau ada.

Jadinya untuk memudahkan pengunjung yang akan ke 'staduim' berkenaan, tak kira la dari jauh atau dekat aku paparkan peta lokasi. Walaupun katanya banyak jalan akan polis tutup untuk mengelakkan terlalu ramai pengunjung, harap-harap peta yang aku sediakan boleh membantu untuk sampai ke 'stadium' berkenaan.

Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S.P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang Masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan susur dari Taman Idris

p/s. Aku tengah upoad peta size besar, dari pukul 8 tapi masih tak berjaya, beruk punyan band lan ini broadband. Nanti dah berjaya aku paparkan kat sini. Sesuai untuk print bawak bekai esok bagi yang nak turun Ipoh.


Klik untuk gambar lebih besar dan jelas
Klik untuk gambar lebih besar dan jelas




Maklumat terkini: update

JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP.

Solat hajat tengah padang boleh kut?

4 comments:

  1. keyrool from kualaMay 6, 2009 at 10:44 PM

    Apa yang dapat diperhatikan... orang ramai perlu meletakkan kereta di Manjoi... terpaksa berjalan kaki ke SUK. Tiada masalah kalau buat begitu... selamat berkumpul.

    ReplyDelete
  2. aku nk g sgt tgk keadaan,tp aku keje plak. xpe la aku try ty mbr aku yg keje blkg suk, kot2 line clear. blh singgah jap...he2, jgn dia tutup kdi sdh le. msti panas py besok.

    ReplyDelete
  3. esok pakai baju itam, tapi salah sorang yang tak perlu pakai baju itam ialah zambry

    ReplyDelete
  4. salam, nk tnya direction utk ke jpn jelapang, ipoh? harap ada yg dapat membantu. terima kasih

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number