Kalau tengok perkembangan semasa nampak macam tak jadi la Perak nak ada pilihanraya sepuruh negeri dalam masa terdekat ni.
9 April lepas Mahkamah Persekutuan isytiharkan tiga wakil rakyat punca masalah krisis Perak; Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai ADUN. Kemarin dulu, Mahkamah yang sama istiharkan pulak Speaker Perak takdak kuasa gantung MB kudeta dan 6 Exconya dari hadir sidang DUN.
Nampak gayanya memang Umno betui-betui terpaksa menggunakan kaedah luar jangka yang memang menjadi kelebihan Umno dalam berpolitik untuk pastikan depa dapat balik kuasa depa di Perak.
Pemimpin Umno ni memang tak kisah walaupun ramai yang gelar depa sebagai pencabul, apa sangat kalau takat nak cabul kuasa hakim kalau kuasa polis pun depa biasa cabul, cuma cabul anak orang ja kut yang belum boleh dibuktikan di mahkamah tu pun pasai depa dah cabul kuasa polis dan kuasa hakim dulu.
Umno terpaksa gunakan kaedah luar jangka termasuk kaedah cabul macam tu pasai depa yakin tak boleh dapat balik kuasa kalau guna kaedah pilihanraya walaupun masa pilihanraya depa giat cabul kuasa SPR dan kuasa media.
Tambah pulak dengan keputusan 5 pilihanraya kecik sebelum ni Umno melalui BN cuma boleh menang satu ja, tu pun yang jauh di pendalaman kat Sarawak pulak tu.
Jadinya PM baru terpaksa bagi bagi alasan ""Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," sama macam alasan pasai apa depa tak setuju bubar DUN Perak pasai takmau bazir duit rakyat, kononnya.
Pasai tu la aku cukup setuju dengan kebimbangan beberapa pihak dengan keselamatan Speaker Perak. Kalau ikut keadaan semasa cuma kuasa Speaker ja lagu yang depa tak belum dapat balik lagi dan depa memang amat-amat memerlukan kuasa Speaker untuk melengkapkan kempen rampas kuasa di Perak ni.
Tambah-tambah pulak katanya Setiausaha DUN pun tah talipon bagitau nak hantar surat panggil Sidang DUN pada 7 Mei depan cuma surat rasmi ja yang belum sampai kut. Maknanya dalam tempoh sebulan lebih sikit ni keselamata Speaker kena jaga betui-betui, macam-macam kaedah luar jangkan yang Umno boleh, sanggup dan malah pernah buat.
Lagi satu dah terbukti sebelum-sebelum ni yang Speaker Perak la ni pun ada jugak kekuatan nak menggunakan kaedah luar jangka dan setakat hari ni dia memang nampak masih teguh dam masih berani untuk menggunakan kaedah luar jangka kalau perlu.
Tambah-tambah bila dah ada blog sendiri lagi la nampak keberanian dia. Leka jugak aku baca blog dia ni. Banyak maklumat boleh dapat kalau baca blog tu. Tambah-tambah lagi bagi aku yang sejak kecik tak suka walaupun 'loyar buruk'. Cyberboron tentu suka bila Speaker Perak ni mula tulis blog pada 9 April lepas, senang dia nak buat rujukan.
Aku takdak maklumat berkenaan tahap keselamatan Speaker Perak la ni. Sebelum-sebelum ni kalau tak silap aku memang Unit Amal yang ambik alih jaga keselamatan Speaker Perak ni tapi lepas 'krisis kecil dalaman PAS' masa PRK Bukit Gantang baru ni aku tak pasti pulak sapa yang dok jaga dia.
Aku teringat lagi entri aku yang banyak perkataan "KALAU" dulu tu. Dalam entry tu memang bab keselamatan Speaker termasuk dalam skrip ringkas aku. Baru ni masa PRK Bukit Gantang ja baru aku tau yang memang selama Krisis Perak dulu Umit Amal yang 'jaga' Speaker Perak ni.
Kalau bukan Unit Amal yang jaga dia la ni, aku ada sikit risau, kalau betui bukan lagi geng yang bercita-cita untuk syahid yang jaga dia la ni, aku harap yang mengganti depa ni masih jugak individu-individu yang ada cita-cita untuk syahid.
Pasainya aku boleh letak kepercayaan kat puak-puak yang ada cita-cita macam tu dengan keyakinan yang depa akan buat semaksima mungkin dengan ketakutan atau kepentingan diri tidak menjadi perkiraan langsung.
Jadinya aku nak ulang lagi soalan aku macam tajuk kat atas tu,