Semalam sah Mohammad Fairus Bin Khairuddin bekas TKM I Pulau Pinang letak jawatan sebagai ADUN. Sebelum ni dia dah letak jawatan sebagai TKM 1 Pulau Pinang berkuat kuasa 8 April 2009, sehari selepas PRK 2 bukit 1 batang hari tu.
Alasan dia nak "melanjutkan pengajiannya". Tak pulak disebut pengajian apa pulak. Mungkin nak buat PhD la kut, takkan dia nak buat triple Master pulak kut. Lagi satu dia bagi alasan nak bagi masa bersama keluarga yang selama ini terpaksa berkorban pasai takdan.
Beliau berasal dari Guar Perahu, Kubang Semang dan cucu bekas Penghulu Guar Perahu Abdullah bin Din (Tok Wan Lah ). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Strategic & Defence Studies, Ijazah Sarjana (MBA) “Strategic Management, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda Political Science – International Relations, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya.
Kalau ikut Al-Hussyen dia ni macam "Sebutir permata yang tercicir di perjalanan" tapi blog alahaifairustkmpenang ada 64 siri "belasah" Fairus ni dengan yang terakhir bertarikh 15 April 2009 Siri 64 : Banjir melanda Penanti, Fairus entah di mana
Kalau ikut blog tu mungkin takdak satu pun kebaikan yang bekas TKM ni pernah buat. Memang biasa la macam tu, kalau kita tanya musuh memang 1001 benda tak elok depa boleh bagi, tapi kalau tanya geng dia 1001 kebaikan pulak kita boleh dapat, kita kena tanya yang betui-betui bukan musuh atau kawan dia baru kut boleh dapat cerita yang 'adil'.
Aku taktau la yang sebenarnya macam mana pasai aku hanya kenai dia ni sebagai TKM 1 Pulau Pinang ja dan dia saheh dah la tak kenai aku, mungkin perkataan cenangau pun dia tak pernah dengar. Aku pun sebenarnya tak berapa teringin nak ambik tau, blog yang hentam dia tu pun aku pernah baca sekali ja dulu, masa mula-mula blog tu ujud. Jadinya aku taktau dia ni sebenarnya permata atau kaca.
Yang menariknya dalam TheStar online semalam (16 April) ada semacam ugutan dari Fairus suruh PKR bersihkan nama dia, kalau tak dia akan dedahkan "inside information related to the internal operation of the Pakatan Rakyat opposition alliance."
Fairus: Clear my name or prepare for expose
By NG CHENG YEE
KUALA LUMPUR: Mohammad Fairus Khairuddin, who quit as Penang Deputy Chief Minister 1 and as Penanti assemblyman, has given PKR a two-week deadline to clear his name, saying he would otherwise expose a state government and party scandal.
In an exclusive interview with Chinese daily Nanyang Siang Pau, he said he had inside information related to the internal operation of the Pakatan Rakyat opposition alliance.
“That is the reason why the party still does not take any action against me,” he said, adding that it was not convenient for him to elaborate at present and urged the press to be patient.
Mohammad Fairus has been quizzed by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for his alleged involvement with illegal quarry activities in the state, and has come under fire by his own party for supposed under-performance.
“I am innocent. They know what I can do. So do not push me (from taking such step)!” he said, claiming that he had been framed by party insiders.
He told Nanyang Siang Pau that he was unhappy with his party for not standing behind him as it had done for Bukit Lanjan assemblyman Elizabeth Wong and former Bukit Selambau assemblyman V. Arumugam.
“The two of them were just state executive council (exco) members, while I am not only a state exco member but also state Deputy Chief Minister,” he said, denying criticism that he had been neglectful of his constituency and absent from many state government functions.
He claimed that it was all part of a well-crafted plot to frame him.
“I have done my constituency work properly and have the support of my voters. Those on the outside may not understand this because my work and services for the constituency have not been reported in newspapers,” he said.
He added that he would cooperate with the MACC to clear his name over the illegal quarrying issue.
Biar pi kat PKR la bagi selesai masalah tu tapi yang sahehnya Fairus ni dah umumkan yang dia dah letak jawatan sebagai ADUN dan dalam masa tak lebih 60 hari selepas dapat surat dari speaker SPR akan adakan pilihanraya kecik di DUN N11 Penanti yang duduk dalam Parlimen P044 Permatang Pauh.
Sebelum ni rakyat dalam DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti untung bila ada PRK di Parlimen Permatang Pauh bila Dr. Wan Azizah letak jawatan pasai nak bagi peluang kat laki dia jadi ahli parlimen.
Awai tahun ni rakyat dalam DUN Wakaf Mempelam, Batu Buruk, Ladang dan Bandar dalam Parlimen Kuala Terengganu pulak untung bila ada PRK selepas arwah Datuk Razali Ismail meninggal masa main badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Baru ni pulak rakyat dalam DUN Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong dalam Parlimen Bukit Gantang bersama rakyat dalam DUN Bukit Selambau dan Batang Ai untung bila ada PRK.
Tak lama lagi giliran rakyat dalam DUN Penanti akan untung sekali lagi. Memang dah jadi tradisi bila ada PRK bukan saja ramai aktivis politik, pelancong pilihanraya dan anggota keselamatan akan berhimpun di situ yang bagi pendapatan tambahan kepada peniaga, segala peralatan jentera untuk buat jalan tar jugak kan berhimpun di situ. Habih semua jalan akan dapat permukaan baru. Macam kata Abe Ding (Halim Tausah) masa PRK Kuala Terengganu dulu "habih melecur tapak kaki ayam pasai depa buat jalan sampai depan pintu reban."
Tadi petang ada sorang member sound aku "takdan hang nak berehat dah nak kena jadi burung hantu pulak lagi sekali". Aku cuma jawab dengan tersengeh pasai aku pun taktau lagi sama ada aku nak terlibat atau tak masa PRK kali ni. Kalau terlibat pun mungkin sebagai 'bloggers' ja la kut, tu pun kalau Blognet@Perak berkampung kat sana.
Untuk permulaan apa kata kita teliti detail masa PRU 12 dulu.
N12 PENANTI |
Pemilih Berdaftar: 15,421 Peratusan Kaum: M: 72.51%, C: 24.32%, I: 2.43, L: 0.57% |
1. Mohamad Fairus Khairudin (PKR) (7,346) 2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (5,127) |
Kertas Undi Dikeluarkan : 12,666 Kertas Undi Dalam Peti Undi : 12,657 Kertas Undi Tidak Dikembalikan : 9 Peratus Pengundian : 82.13% Kertas Undi Ditolak : 184 Majoriti : 2,219 |
Penyandang: Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) (Majoriti: 667 undi) |