Ceramah Live dari Bkt Gantang - sapa sanggup tolong? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 18, 2009

Ceramah Live dari Bkt Gantang - sapa sanggup tolong?

Te@m IT PAS Perak baru dapat tugas khas, tugas pasca PRK P059 Bukit Gantang, bukan la khas tara mana pun, khas tahap biasa-biasa ja. Pasainya hari Ahad malam Isnin ni akan ada satu ceramah Mega di Dataran TG Nik Aziz dekat Simpang, kat Parlimen Bukit Gantang.

Ceramah tu sempena jamuan kesyukuran kemenangan calon PAS Hj Nizar masa PRK Parlimen Bukit Gantang 7 April lepas. Kita ceramah mega la walaupun depa tak panggil ceramah mega.



PAS KAWASAN BUKIT GANTANG
Dengan Kerjasama
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya menjemput Dato / Datin / Tuan / Puan

…………………………………………………………
Ke Majlis Jamuan Kesyukuran Rakyat

Tarikh : 19 April 2009 (Ahad)
Masa : 12.00 Tengahari - 4.00 Petang
Tempat : Padang Tapak Expo, Simpang, Taiping

Dan

Ceramah Perdana Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 19 April 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Padang Tapak Expo, Simpang, Taiping

Penceramah:
YB. Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
YB. Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin
YB. Sdr. Azmin Ali
YAB. Encik Lim Guan Eng


p/s : mohon panjangkan kepada semua, ianya jamuan terbuka (kita
sembelih 7 ekor lembu)



Makanya kami dari Unit IT PAS Perak akan berusaha untuk memastikan ada siaran secara langsung ceramah malam tu. Kalau takdak apa perubahan siaran tu akan dipancarkan melalui saluran 3 WebTv PAS

Jadinya dengan semangat kemenangan PRK P059 kami nak ambik kesempatan nak cari petugas-petugas untuk Unit Media IT PAS Perak. Jadi sapa-sapa yang berminat untuk cari pahala tambahan sambil tambah ilmu boleh la cari En. Ramadhan, pegawai IT PAS Perak untuk "walk-in interview".

Waktu interview bermula paling awal pun pukul 2.30 petang, paling lewat aku tak berani nak kata. Kalau ok, boleh bertugas terus malam tu, sebagai percubaan, paling kurang pun sebagai tukang gulung kabel. (macam banyak sangat kabel nak pakai)

Kalau boleh bawak la biodata ringkas yang ada tulis nama, no ahli PAS, kawasan dan cawangan mana, kelulusan, pekerjaan dan lain-lain maklumat yang rasa patut bubuh. Bukan apa, saja untuk sikit tapisan untuk keselamatan. Kalau boleh bubuh sama nama orang rujukan supaya mudah KALAU kami perlu siasat. Benda nak lawan Umno ni bukan boleh kira, macam-macam kemungkinan dok ada.

Kalau boleh bawak gambar sekeping lagi bagus (tak dikembalikan), senang kalau nak kena buat kad khas. Kalau takdak no ahli PAS pun takpa pasai takat nak isi borang ahli malam tu pun boleh tapi yang penting ada nama orang rujukan.

Antara jawatan yang kosong, yang paling penting sebagai tukang gulung wayar, yang ni semua terlibat, tak kira sapa, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Yang kedua sebagai cameraman dan yang ketiga Pengendali Siaran.

Untuk makluman, pengetahuan dan kemahiran pasai IT bukan wajib pasai latihan akan dibagi, kalau 'cikgu' pun tak reti kita sama-sama belajar, yang penting mau dan sanggup, tapi kalau ada background IT lagi la bagus, lagi senang kerja.

Lagi satu nak bagitau yang bilangan kekosongan tidak terhad setakat ni, janji sanggup ja. Lagi ramai lagi meriah. Kalau ramai kita boleh buat jawatan baru, ada orang nak tolong, belasah ja laa, janji mau dan sanggup ja.

Aku tekankan kretiria "sanggup" banyak kali pasai biasanya semua; maksud aku "SEMUA"; adalah dengan perbelanjaan sendiri, kalau ada penaja tu dah boleh dikira bonus, tambah-tambah lagi Kerajaan PR Perak dah tak pegang duit kerajaan negeri dah la ni, mana nak mai sumber, duit balak pun dengar cerita dah nak tutup buku. Tapi kalau ada peruntukan kita bebagi sorang sikit la.

Apamacam? Ada yang berani?


WebTVPAS Saluran 3
p/s. -Kalau nak lagi elok kena guna IE, ada P2P, kurang tersekat-sekat


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...