Pelancaran buku berkenaan krisis di Perak susunan BlogNet@Perak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 20, 2009

Pelancaran buku berkenaan krisis di Perak susunan BlogNet@Perak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Mula-mula sekali aku nak minta maaf bagi pihak Te@m IT PAS Perak pasai tak berjaya buat siaran live ceramah semalam. Sebenarnya tak berapa nak kena aku nintak maaf bagi pihak Te@m IT pasai bukan salah kami, yang salahnya tak lain tak bukan ialah Umno.

Macam ada sorang Ustaz yang aku tak ingat ustaz mana satu tapi ustaz tu pernah kata di akhir kuliah dia "Yang baik tu dari Allah SWT, yang buruk dan salah tu dari Umno BN, sekian"

Nak buat macamana, aku dak mula "prepare" semua peralatan dari sehari sebelum tu lagi. Walaupun ada masalah video capture awainya tapi akhirnya aku berjaya selesaikan jugak. Penat member yang tolong cari, habih pusing PC fair kat Pisa Penang tak jumpa. Kat PC Depot pun takdak. Nasib baik ada spare kat Dugung tapi akhirnya sia-sia.

Aku sampai ke tapak jamuan kesyukuran tu dalam pukul 4 lebih sikit, makanan pun tinggai belen-belen ja lagi. Kat situ baru ata yang bagitau yang ceramah tu dipindahkan ke Markaz Bukit Cempedak. Dengar ceritanya jamuan petang tu pun tak dapat permit tapi depa belasah jugak buat pasai dah siap pasang khemah baru polis bagitau.

Belah pagi tu aku ada call Ramadhan pasai masalah video capcute tu, takdak pulak dia bagitau pasai pindah tempat. Rupa-rupanya dia pun taktau, nak salahkan dia pun tak berapa nak kena pasai dari awai pagi dia sibuk, ada mesyuarat Agung PAS Kawasan dia.

Aku nak update kat blog ni kata siaran live cancel aku jadi malas, malas nak cari Cybercefe sebenarnya. Aku cuma call Al-Banjari mintak tolong update pasai pindah tempat ceramah dan siaran live tak dapat dibuat.

Kalau ikut memang aku sikit tak puas hati pasai misi "live" gagal tapi tak la sia-sia aku pi sana pasai Unit IT Parit Buntar bertugas jugak, pasang satu skrin. Nasib baik la orang kuat markaz Titi Serong, Hj Fudzi bawak camera video siap dengan LCD projektor lengkap dengan skrin sekali.

Untuk mengurangkan kecewa pengunjung blog-blog BlogNet@Perak aku hantar mms kat Al-Banjari, suruh dia uploadkan kat dalam blog dia. Punya la lambat nak boleh hantar mms tu, fail memanjang. Tapi alhamdulillah berjaya jugak hantar 3 4 keping. Memang tak mesra IT sungguh kedudukan Markaz tu.

Buku tu Hj Nizar sendiri yang lancarkan. Memang patut sangat la pun pasai kalau tak silap aku buku tu adalah hasil idea dari dia, dia yang mintak kat bloggers tolong buat masa kat bloggers berkampung kat kediaman MB kat Ipoh lagi.

Patutnya Cyberboron yang dapat credit lebih pasai dia yang paling bertungkus lumus perah otak susun buku tu. Nama aku walaupun tertulis sebagai "Panel Penulis" sebenarnya aku hampir tak terlibat langsung dengan buku tu, kalau secara tak langsung ada laa sikit-sikit kot. Terima kasih la pasai bubuh jugak nama aku, kalau nak tulis buku sendiri pakai dak la.

Kat bawah tu aku attch beberapa keping gambar yang aku dan ambik guna handset aku. Gambar masa Hj Nizar lancarkan buku tu aku takdak pasai aku tolong ambik gambar guna camera Cyberboron, dia masih malu-malu nak 'acting' sebagai cameramen.

Buku untuk jualan, atas meja kecik belah kanan pentas

Berebut orang sebaik lepas Hj Nizar lancarkan

Banyak jugak duit not merah dan biru bertukar tangan, mata ribu jugak laa.

Gambar hadirin dari atas tebing belah kiri dewan

Gambar dari belah kiri dewan, cahaya terang belah kiri tu bukan lanpu tapi skrin yang IT Pt Buntar pasang.

Gambar dari tingkat atas markaz.

Sama macam gambar atas tapi dari sudut belah kiri.

Nak buat anggaran berapa ramai memang kelemahan aku, tapi gambar-gambar kat atas tu boleh membayangkan. Tu tak masuk yang duduk kat tebing bukit keliling tapak ceramah. Kalau jadi buat kat tapak Expo dekat simpang boleh penut tapak tu aku rasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...