Untuk tempahan buku Krisis Perak oleh BlogNet@Perak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 20, 2009

Untuk tempahan buku Krisis Perak oleh BlogNet@Perak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Copy paste dari blog Al-Banjari

Salam kepada semua pelayar blog BlogNet@Perak. Seperti yang dijanjikan disini wak butirkan dengan lengkap buku 'PANAS' yang telah diterbitkan.

Tajuk Buku : RAMPASAN KUASA DI NEGERI PERAK
Harga Termasuk Belanja Pos : RM18 ( seluruh Malaysia )
Jumlah Muka Surat : 156 135 Helai.

Kepada yang BERMINAT untuk menempah, sila lengkapkan butiran dibawah untuk urusan penghantaran SEGERA. Penghantaran akan diuruskan dalam tempoh 24 jam selepas menerima bayaran. Emailkan butiran lengkap itu ke alamat email : albanjari_online@yahoo.com (kepada yang menempah buku melalui blog wak sahaja )

Nama Penerima
Alamat Lengkap
Nombor Telefon untuk dihubungi ( HP/Tel. Rumah@Pejabat)
Butiran Bayaran
Jumlah Naskah

Semua Bayaran hendaklah di buat samada melalui kaedah On-line atau melalui bayaran melalui mesin ATM. Bank in ke :



Mayban2U : no.acc : 158417021317





CIMBClick :
0206-0040624-52-8

Edisi JUALAN TERHAD kepada
200 nashkah sahaja (Belian secara Maya )TEMPAH SEKARANG ! Artikel berkaitan : KLIK DI SINI


Oleh Cyberboron
Oleh Cyberboron - Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK - DURJANA UMNO-BN dilancarkan dengan resminya oleh Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin di majlis Ceramah Perdana sempena Jamuan Kesyukuran Rakyat malam tadi.

Buku ini disusun oleh BloggersNetwork@Perak dan diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Kemelut Politik Perak bersama Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Berikut ialah Kata Pengantar oleh YAB DS Nizar Jamaluddin;

BismiLlahirRahmanirRahim
Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.
Saya bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas anugerahNya kepada saya dan seluruh pendukung perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini, khususnya di negeri Perak. Kita diuji dengan cabaran kejahatan dan kezaliman yang dahsyat. UMNO-Barisan Nasional meneruskan jatidiri songsang yang telah sebati dengan jiwa dan budaya mereka, demi agenda kuasa dan rompakan harta negara. Kita tidak sayugia membiarkan kezaliman mereka terus bermaharajalela.
Mudah-mudahan Allah SWT terus menganugerahkan kekuatan kepada kita semua.
Krisis perundangan, perlembagaan dan politik yang dicetuskan oleh UMNO-BN di negeri Perak merupakan lanjutan daripada rentetan pencabulan yang tergamak dilakukan oleh UMNO terhadap Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan yang menjadi Prinsip Rukun Negara.
Mereka menyalahgunakan ketiga-tiga cabang kuasa negara iaitu Legislative, Executive dan Judiciary untuk mempertahankan langkah sumbang dan amalan jijik yang dilakukan. Aliran maklumat dikekang supaya rakyat dapat terus ditipu. Mereka mengongkong media perdana elektronik dan cetak secara memutar belit fakta demi menghalalkan tindakan haram yang mereka lakukan.
UMNO menjayakan misi rampasan kuasa ini dengan segala macam tindakan yang haram disisi agama Islam. Mereka mengumpan rasuah wang dan seks, mengugut, menculik serta menipu Raja dan rakyat. Prinsip keadilan Islam telah dicabul dengan pemaksaan yang kotor terhadap institusi awam termasuk SPRM, SPR dan polis.
Tragedi yang berlaku di Perak adalah rompakan kuasa. Ia bukan peralihan kuasa yang biasa. Perlembagaan negara dan negeri telah dikoyak oleh UMNO-BN. Prinsip keadilan sejagat tidak mengizinkan rompakan ini. Seluruh masyarakat di dunia sedang mentertawakan amalan politik di negara kita akibat kegelojohan dan haloba UMNO-BN.
Kita wajib bangkit memperbetulkan keadaan. Tanahair tercinta ini perlu diselamatkan daripada perosak agama, bangsa dan kemanusiaan. Rakyat perlu difahamkan tentang krisis ini dengan maklumat yang benar secara berfakta. Mudah-mudahan fitnah rekaan UMNO-BN dapat ditangkis dan dikuburkan.
Saya amat menghargai usaha BloggersNetwork@Perak yang bersusah payah mengumpulkan fakta dan analisis berhubung krisis ini untuk tatapan dan penilaian rakyat negeri Perak dan warga Malaysia amnya. Tahniah kepada saudara-saudari MSK, Cyberboron, Topeng Perak, Sya-Reformis, Dugong Darat, Raden Banjar, Amurba, Cenangau, UmmiAnni, ManjungMari dan semua bloggers yang terlibat melahirkan dokumen yang amat bersejarah ini.
Saya doakan agar Allah SWT menganugerahkan ganjaran berlipat ganda kepada semua bloggers yang menghasilkan koleksi maklumat ini.
........................................................
Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...