Soalnya bukan sapa menang tapi berapa kita menang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 25, 2009

Soalnya bukan sapa menang tapi berapa kita menang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kalau baca tajuk tu nampak macam belagak, bunyi macam dah gerenti menang. Macam dalam artikel "Calon PAS Bukit Gantang" sebelum ni ada yang komen
salam, ni yg risau ni. da rasa konpom menang. tu lg bahaya drp rasa nak kalah. sedara2 kna igt,PRK tu nnt mgkn PM Msia dpt kat Najib. igt dia nak biar mcm tu je ke? kita kene usaha mcm da xda hri esok utk kita Allahuakbar!! En Acai,Mat sabu org kepala batas

Sebenarnya aku tak maksud macam tu langsung. Apa yang aku maksudkan, PRK kali ni Hj Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS tidak boleh kalah. Walau macam mana susah dan perit pun, kita kena bagi calon PAS menang. Macam yang pernah YB Cikgu Wan Rahim kata, walaupun perlu bergolog bergadai, kita kena bagi menang calon kita.

Tambah-tambah pulak bila Hj Nizar yang diumumkan sebagai calon PAS dengan apa cara sekali pun semua orang yang mengaku ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuk juga yang simpati dengan Hj Nizar pasai krisis di Perak MESTI buat kerja untuk pastikan dia menang.

Memang la kalau 'kita' tengok suasana di Bukit Gantang 'kita' boleh dengan yakin kata calon PAS boleh menang mudah. Memang la Hj Nizar ada aura yang kuat tapi aku tak yakin aura dia tu boleh tembus masuk ke hati penyokong Umno. Kalau ikut tinjauan rambang aku, krisis Perak tak bagi kelebihan kat calon kita, malah mungkin dengan isu derhaka yang pastinya akan Umno mainkan sungguh², ramai orang melayu yang makin meluat dengan Hj Nizar.

Kalau tanya aku pun aku berani kata yang peluang Hj Nizar menang memang cerah macam entry aku sebelum ni.

Kalau PAS letak Hj Nizar sebagai calon, dah tentu dah dia menang. Majoriti sikit ka banyak aku tak pasti tapi kalau takat untuk menang tak payah buat cula pun takpa, memang menang punya la.

Pada aku Hj Nizar tak boleh setakat menang ja, dia kena MENANG BESAR, kita kena buat kerja bagi calon PAS MENANG BESAR. Sekurang-kurangnya kena lebih dari majoriti yang Allahyarham Hj Roslan Shahrom dapat dulu.

Pasainya keputusan undi ni akan amat-amat mempengaruhi keadaan politik di Perak. Kalau majoriti kurang (tambah lagi la kalau kalah) Umno akan jaja dan aku risau penyokong kepada PR akan berkurangan. Yang paling aku risau keyakinan pendokong Pakatan Rakyat akan goyah dan akhirnya krisis Perak tidak akan menguntungkan PR malah mungkin akan merugikan PR.

Jadinya berapa target kita untuk dapat majoriti 5 ribu cukup? Kalau ikut aku, aku nak letak target 10 ribu, kalau boleh dapat 10 ribu memang betul menggambarkan macam dakwaan kita yang sebahagian besar rakyat negeri Perak bersama Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Hj Nizar.

Memang la nak boleh dapat 10 ribu tu bukan senang. Memang kerja payah, menang kerja susah. Tapi kalau kita nak senang kita boleh senang. Boleh duduk atas kerusi baldu rileks-rileks depan laptop, baca perkembangan terkini kat blog sambil pasang lagu mp3. Memang senang tapi jangan berangan la nak boleh MENANG BESAR, silap hari bulan boleh bungkus.

Kalau semua pihak yang dipertanggungjawapkan untuk BUAT KERJA dan dibantu dengan yang lain yang nak sangat tengok calon PAS menang aku cukup-cukup yang masa keputusan nak diumum malam 7 April persoalan yang semua orang tanya adalah:

"BUKAN SAPA MENANG TAPI BERAPA KITA MENANG"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...