Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Wednesday, March 25, 2009

Keputusan pemilihan rasuah Umno

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sah dah Opah Pidah kalah teruk dengan Opah Ijat. Konon ada yang kata 50-50, rupa-rupanya 507-280. Harapnya perwakilan wanita Umno berpuas hati dengan pendapatan keputusan kali ni. Nasib baik laa Kak Ijat ambik keputusan lawan Opah pidah, kalau takat dia lawan Opah Kemelia tentu perwakilan kurang puashati dengan pendapatankeputusan pemilihan kali ni.

Tengok dari gambar sebelah, dua-dua tersenyum mesra, Aku rasa jenuh la dua-dua tu kontrol, kalau ikut hati silap-silap dah lawan tarik-tarik rambut. Gambar sebelum keputusan keluar. Dengar ceritanya sebelum keputusan diumum Opah Pidah belah awai, konon pasai menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi, kalau dia yakin menang tentu dia tunggu punya, takat mesyuarat tertinggi apa barang.

Untuk Ketua Puteri pulak Rosnah Abdul Rashid Shirlin memang dengan 245 undi. Pertandingan enam penjuru. Jawatan Naib Ketua dapat kat Shahanim Mohamad Yusoff menang jawatan tersebut dengan memperoleh 353 undi. Taktau la perwakilan puteri ni puas hati ka dak, dengan pendapatankeputusan pemilihan kali ni, harap² puas hati la.

Dari sudut rasuah pemilihan aku rasa tak tara nama kut depa lawan. Taktau la pulak kalau ada big boss yang jadi sponser. Rasa²nya ada, takkan takdak yang nak melabur. Memang la untung tak berapa besar tapi modai pun tak besar mana.

[KJUmno.jpg]Yang paling best tentu la pemilihan ketua Pemuda. Kalau tengok dari awai nampak sengit jugak. Aku memang dari awai lagi yakin Khairi yang akan menang. Walaupun ramai yang kata Khair ni tak tara mana tapi pada aku Khair ni memang hebat. Kalau takat menantu Paklah ja dia tak mampu ke tempat la ni.

Dari sudut rasuah pemilihan memang tak sapa dapat nafi yang Khair paling hebat. Dah didapati bersalah tapi tak kena tindakan, cuma setakat amaran. Amaran apa lagi kalau tinggal 2, 3 hari ja lagi dan duit pun dah bertukar tangan.

Khair Toyo pun tak kurang hebat dari sudut rasuah pemilihan tapi dia silap langkah. Saja cari masalah pi kacau Khalid Ibrahim. Bila dah terbuka macam-macam cerita payah la sikit. Perwakilan yang ada sikit² belen prinsip mungkin tak bagi undi walaupun dah makan rasuah.

Keputusan Pemilihan Sayap Umno - malaysiakini
WANITA

Pengerusi tetap
Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)

Timbalan pengerusi tetap
Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi)

Ketua
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)

Naib ketua
Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)

Ahli jawatankuasa
1. Hasnah Salam (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
8. Marlia Abd Latiff (416 undi)
9. Noriah Mahat (412 undi)
10. Ros Suryati Alang (405 undi)
11. Jamelah A Bakar (400 undi)
12. Suraya Yaacob (388 undi)
13. Azihani Ali (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
19. Norliza Hj Ahmad (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)


PEMUDA

Pengerusi tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)

Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)

Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)

Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)

Ahli jawatankuasa
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohamad Nazim A Samad (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)


PUTERI

Pengerusi tetap
Azlieza Azizan (445 undi)

Timbalan pengerusi tetap
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)

Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)

Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

Ahli jawatankuasa
1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)
11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd Harun (375 undi)

No comments:

Post a Comment

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...
Apa pun, tolong la tulis nama apa pun takpa, takkan BANGANG sangat nak tulis nama pun tak reti... dan segala komen adalah tanggungjawab pengkomen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number