Calon PAS Bukit Gantang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 16, 2009

Calon PAS Bukit Gantang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Umno dah pun umumkan calon. Aku pun dah agak nama dia ni yang akan naik pasai dikalangan nama-nama yang selalu disebut, dia ni calon yang paling bersih dari kalangan yang memang semua orang tau tak bersih.

Kalau dah jadi calon Umno memang sah tak bersih punya walaupun aku belum dengar apa-apa isu yang dikait dengan dia ni. Aku tak kata takdak cuma aku tak tau, mungkin ada dan mungkin jugak takdak. Cumanya keberangkalian ada tu lebih tinggi dari takdak.


Yang nyatanya calon Umno walaupun bekas imam mesjid negara macam Ustaz Firdaus Ismail Al-Hafiz pun bila dah jadi calon BN kat Permatang Pauh lawan Kak Wan, habih terdedah peribadi sebenar dia, sampai boleh sepak tong peti undi kat dewan kira undi bila tak puas hati dia kalah.

Sama jugak dengan Dr. Mashitah Ibrahim, masa popular dalam TV dulu, orang PAS pun ramai yang 'terpesona' tapi bila dah jadi wakil rakyat Parlimen Baling wakil BN, terserlah ciri-ciri sebenar, sampai melacur pun dia boleh kata halal kalau terpaksa.

Jadinya senang cerita, kita boleh pukul rata semua calon Umno memang jenih tak boleh pakai. Kalau jenih yang baik, najib tak pilih punya dia jadi calon. Kalau tak kaki rasuah pun dah tentu dia tak berani nak tentang rasuah.

Nampak sangat Umno bermasalah nak pilih calon, pasai tu la Najib terpaksa umumkan nama calon awai, bukannya depa tak terasa rugi umum calon awai masa PRK Kuala Terengganu dulu, tapi Najib terpaksa jugak umumkan awai untuk mengurangkan risiko.

Kalau la nama Ismail Sapian diumumkan lambat, saheh punya puak-puak ketua bahagian yang mengidam nak jadi calon akan boikot kalau pun tak sabotaj. Bila umum awai kalau pun puak-puak ketua bahagian sabotaj, Umno ada banyak masa nak perbetui balik.

Dengan Umno ni bukan payah mana nak perbetui, kalau isi sampui surat cukup 'tebai' semua masalah boleh selesai. Jenis mentekedarah rasuah ni prinsip depa cukup mudah, 'ada duit semua jadi'. Jenis ular kepala dua, bukan lagi takat lidah bercabang.

Apa aku takmau kutuk lebih-lebih calon Umno ni pasai dia ni pernah ajar aku subjek Matematik Tambahan, kena hormat jugak la pasai dia ni pernah jadi cikgu aku. Orang tua aku kata, kalau lawan cikgu nanti ketulahan.

La ni terpulang la kepada pakar-pakar strategi dalam PAS macamana nak ambik kesempatan, nak gunakan kelemahan Umno dalam hal calon ni untuk diterjemahkan kepada undi protes. Kalau hanya nak harapkan kekuatan sokongan kepada PAs aku rasa berat sikit la calon PAs nak memang.

PAS pun pada dasarnya ada masalah jugak nak pilih calon yang sesuai. Di peringkat pimpinan tempatan, aku tak berapa nak nampak PAS ada calon yang cukup kuat untuk menarik sokongan.

Calon tempatan yang aku nampak agak terkedepan sikit pun mungkin Ustaz Idris Ahmad tapi dia ni walaupun anak tempatan dari Kampung Sungai Petai tapi dia ni bukan pimpinan tempatan. Maksud aku dia ni bukan lahir dari perkaderan 'grassroot' tapi lahir di Kuala Lumpur, melalui perkaderan kampus kemudian terus masuk dalam organisasi Pemuda PAS Pusat.

Kalau ikut siasatan yang MSK buat, dia ni kurang popular dikalangan 'grassroot' dan pimpinan tempatan PAS. Dikalangan bakal pengundi lagi la kurang. Memang jentera pilihanraya PAS perlu kerja keras untuk nak projekkan dia bagi pengundi kenai dia kalau dia yang jadi calon.

Dikalangan nama-nama yang termasuk senarai calon, Hj Nizar yang paling polular. Kalau ada yang tak kenai Hj Nizar memang sah la dia tu Umno toktok, takpun jenih buta huruf kalau bukan orang gila.

Kalau PAS letak Hj Nizar sebagai calon, dah tentu dah dia menang. Majoriti sikit ka banyak aku tak pasti tapi kalau takat untuk menang tak payah buat cula pun takpa, memang menang punya la.

Tapi aku rasa PAS akan letak orang lain. Pada aku tak payah la tambah lagi tekanan kat Hj Nizar, yang dok ada pun nampak macam dah tak berapa nak larat dia nak tanggung. Baju yang dia pakai pun dah nampak semakin 'melebeh', badan susut cukup banyak. Nasib baik la dia ni jenih yang aktif sebelum ni, kalau jenih 'obesiti' mungkin dah lama terbaring kat hospital, kejang kaki tak boleh berjalan.

Calon pilihan dari segi populariti lepas Hj Nizar adalah Mat Sabu. Tak kira la yang positif ka yang negetif tapi boleh kata semua orang yang ambik tau hal politik mesti kenai Mat Sabu. Aku tak bercadang nak 'lobi' lebih-lebih Bang Mat Sabu jadi calon pasai tak guna pun kalau aku lobi. Sapa aku nak melobi calon dan apa sangat yang aku tau pasai Mat Sabu yang orang lain taktau.

Kalau ikut senarai calon yang Muhaimin tulis, nama Ust Ahmad Awang dan Ust Norazli Musa tak masuk dalam senarai aku. Jangan tanya pasai apa, aku takkan tulis, sekurang-kurangnya sehinggalah krisis Perak ni selesai. [full stop]

Calon yang sorang lagi yang masuk senarai Muhaimin, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub, dia ni kalau ikut 'spec' aku memang layak jadi calon tapi bukan untuk PRK ni kut, awai sangat lagi, biar dia dah boleh guna 'title' Dr. dulu. Tapi kalau ada yang calonkan dia jadi Ketua Pemuda Perak, aku sanggup jadi tukang lobi untuk dia. (Jangan marah, lain taun kita sembang pasai jadi calon pilihanraya pulak.)

Apa-apa pun kita kena tunggu 26hb baru PAS akan umumkan nama calon PAS. Aku harap-harap aku dapat rasa lega bila nama calon diumumkan sama macam rasa lega bila masa nama calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu sebelum ni. Rasa lega sangat walaupun nama MAWE tak pernah pun terlintas dalam kepala aku.

p/s. Tak kenai Raja Iskandar? Dalam gambar Ust Idris Ahmad kat atas, dia yang pakai baju putih dibelakang Ust Idris yang muka terlindung sekerat tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...