
Jika sebelum ni dah tentulah kerajaan tu sebagai durian dan pembangkang sebagai timun. Sapa pun kena setuju, jelasdan terang. Tapi bia berlaku KUDETA di Perak yang kemudiannya uju keadantak menentu, dah jadi agak kabur sapa yang jadi timun dan sapa pulak yang jadi durian. Sebabnya tak begitu jelas sapa yang sebenarnya kerajaan dan siapa yang sebenarnya pembangkang sebab masing-masing ada Menteri Besar atau dengan kata lain tak begitu jelas sapa s
ebenarnya yang jadi timun dan sapa pulak yang jadi durian.

Begitu lama keadaan macam tu sampai Umno BN seperti terlupa, Umno Bn merasa merekadepa rasa macam depa akan selama-lamanya durian dan tidak mungkin bertukar menjad timun. Parti-parti lain pulak seolah-olah tak sedar yang depa dah jadi durian, bukan lagi timun. Mungkin jugak sebab lama sangat jadi timun, tak sanggup jadi seperti durian kerana tawadduk seperti kes Kelantan yang diketuai oleh Tok Guru dah lebih 18 tahun.
Bila jadi krisis di perak, pada awal-awalnya Hj Nizar nampak macam bersikap seperti timun, tak bersikap seperti durian walaupun kuasa tu dah ada, kalau bersikap macam durian pun mungkin durian yang dah dipotong durinya, mungkin kerana tawadduk atau jugak mungkin kerana terlepas pandang.

Sejak dari awal krisis lagi, jalan yang Hj Nizar dan kerajaan PR Perak pilih adalah untuk membubarkan dewan. Aku cukup yakin, diakhir sekali, itulah juga yang akan berlaku. Kalau takdak persidangan DUN dalam tempoh 6 bulan, secara automatik DUN bubar. Jika ada sidang DUN, dengan kuasa Speaker sudah semestinya kalau ada undi tidak percaya PR yang akan menang dan aku cukup yakin Hj Nizar tak lama selepas itu akan membubarkan DUN untuk mendapat mandat baru.

Maka terdengarlah dari sebelah pihak : Hoi!!
Dan terdengar pulak dari pihak sebelah lagi : Apa hoi, hoi
Lalu disambut oleh yang lain : Woi BN Timun!
Kemudian disambung oleh yang lain : Deii!! Poooooooodah!!
Masa tu, dah terang lagi bersuluh. Siapa sebenarnya MB TIMUN dan siapa sebenarnya MB DURIAN