Nasib hang la yek! Nak buat macam mana. Aku rasa bukan takat pegawai keselamata Bangunan Parlimen, kalau aku tengok pun mungkin aku buat-buat tak nampak, cari lorong simpang kot lain.
Memang laa dari segi moralnya kalau aku buat macam tu kira aku jatuh 'kurang' bermmoral tapi bila teringat apa yang dia pernah kata kat Islam sebelum-sebelum ni aku rasa memang patut kalau aku buat macam tu pun.
Tambah-tambah lagi bila teringat statement dia yang suruh 'LANGKAH MAYAT SAYA DULU KALAU NAK LAKSANAKAN HUDUD DI MALAYSIA'. Statment dia yang dia pernah buat dulu-dulu, lama dulu sebelum berkawan dengan PAS mungkin orang PAs boleh maaf atas hujjah dia mungkin taktau, takdak maklumat.
Aku pun sebagai ahli PAS lebih melihat statement dia masa dulu-sulu tu refleks dari kegagalan PAS sendiri yang gagal cerita kat dia Konsep dan Ruh Hudud. Aku pun walau masih teringat boleh la buat-buat lupa.
Tapi bila dia ulang lagi masa dah lama berkawan dengan PAS sejak GERAK di bawah Allahyarkam Ust Fadzil Noor lagi, pada aku tak mungkin dia masih takdak maklumet. Kalau pun mungkin takdak orang PAS yang cerita kat dia, patutnya dia bleh ambk inisiatif cari sendiri maklumat tu atas semangat setiakawan.
Tapi malangnya Karpal Singh masih lagi Karpal Singh yang dulu, mungkin dia rasa tiket sebagai peguam dia boleh buat apa saja yang dia rasa betul dan kata apa saja yang dia rasa benar. Semalam dia terpaksa membayar harga sebegitu.
Aku suka tengok kes Karpal Singh ni dari sudut semacam kafarah (dengan membuang sudut akhirat).Mungkin lebh tepat kalau diguna konsep Hukum Karma. uatbaik balas baik, buat jahat balas jahat, tak semestinya orang yang brkenaan sendiri yang balas tapi dibalas oleh orang lain.
Walaupun begitu aku tak la sampai sanggup joint sekaki, secara umumnya aku tetap klasifikasikan sebagai insiden yang tidak patut berlaku. Memang tak padan la kalau batui depa ramai-ramai kerumun dia, belasah dia sorang. Tapi nak kata apa, pemuda Umno ni memang dah lama aku tak iktiraf sebagai anak jantan, tambah-tambah lagi la dibawah Hishamuddin Auw!
Yang aku herannya bila dah kena macam tu yang dia talifon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan pasai apa? Takkan dia tak simpan nombor MP DAP yang lain. Lagi satu manapi anak dia si Gobind Singh Deo, dah sah-sah sebelum tu memang dah panas, patutnya jaga la pak hang tu, tolong sorong whellchair dia.
Bila depa-depa yang sampai, apa lagi, dah nampak macam dua geng mat rempit bergaduh berebut bohsia ja, cuma bezanya geng mat rempit kalau bergaduh tak pernah pulak pakai kot tie segala. Yang perempuan pun tumpang sama.
Beberapa hari lepas aku senyum sendiri bila tengok muka Karpal Singh yang kat sebelah. Tapi terus terang aku cakap, walaupun memekmuka macam tu, aku langsung tak jatuh kesian walau sikit pun. Lagi lama aku tengok ganbaaar tu, lagi panjang senyum aku. :D
Memang silap besar la Karpal Singh guna istilah 'Singh Is King'. La ni bukan zaman Kesultanan Melaka, zaman la ni dah semakai ramai yang memang dok tunggu nak belasah 'king'. Dapat 'Singh King' memang la tak heran kalau depa tak bagi can.
Tapi apa-apa pun, bab dia kata Pemuda Umno CELAKA tu aku takdak bantahan langsung tapi atas hujjah dan sebab aku sendiri.