Tadi masa lepas ceramah MB kat Masjid Tinggi Bagan Serai, Amran (Setiausaha Sulit MB) bagi kat aku satu surat. Bukti yang Perak betui-betui ada bagi tanah kat orang melayu.
Banyak tulis pun tak guna, klik kat gambar sebelah, baca sendiri apa surat tu kata. Aku malas nak cerita panjang. Kalau nak tau ceritalanjut baca kat sini, sini, sini ,sini, sini, sini dan sini. Nak tau lebih lanjut lagi tanya kat Pakcik Google.
Aku cukup heran, sampai la ni isu tanah kat Perak ni Umno masih lagi main, sekurang-kurangnya di alam maya. Baru sehari dua lepas aku dapat lagi email dari kawan-kawan yang tak puas hati pasai isu tanah kat Perak ni.
Depa-depa ni cukup percaya kelentong Umno yang kata Hj Nizar boneka DAP pasai luluskan tanah untuk orang cina. Aku pun heran, takkan depa-depa ni tak pernah langsung terbaca jawapan balas menjawab isu ni. MB sendiri dah jawab isu ni dan jawapan dia tu ada kat banyak blog, macam kat sini dan kat sini.
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Memang aku pun takmau nafi Perak ada bagi kat cina. Persoalannya cina yang duduk kat perak ni bukan warganegara ka? Depa sebagai warganegara tak layak dapat tanah? Sungguh-sungguh Umno jaja isu ni sampai ada yang kata Kerajaan PR Perak nak gadai negeri. Andaian yang cukup bodoh tetapi cukup jijik. Aku kata jijik pasai depa tak pernah pun bagitau kat kita apa yang depa dah buat sebelum ni.
Depa mungkin kata semua tu untuk pembangunan perak. Tapi isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya. Ada Umno buat? HARAM. Bukan takat di Perak ja, seluruh Malaysia depa buat macam tu. Pasai tu la tanah rizab melayu semakin berkurangan.
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
- 5,000 ekar di Bruas
- 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
- 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
- Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
- 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.
Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.
Petikan kat atas tu aku cedok kat web mindarakyat yang diterbitkan tahun 2000. Sapa-sapa yang ada angka terbaru tolong terbitkan, aku takdan nak cari. Artikel tu bukan takat cerita pasai isu tanah ja tapi banyak lagi isu lain yang menunjukkan betapa UMno ternyata gagal dalam perjuangannya untuk kedaulatan agama, bangsa dan negara.
Lagi satu aku nak minta tolong kat sapa-sapa yang berkenaan, tolong semak pasai status dan cerita 'menarik' tanah tapak TESCO ka apa tah yang kat Taiping tu. Aku nak cerita tak berani pasai tak dak bukti. Ada member mintak aku tolong semak tapi aku takdak kabel.
[updated]
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan.
Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak.
Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
artikel berkaitan
- Tunjuk perasaan Perkasa, Pewaris tuntut tanah rezab Melayu
- Dap Semakin Faham Islam Setelah Bersama Pas Dalam Pakatan Rakyat