Agak-agak macam mana rupa hiburan kalau PAS perintah Malaysia. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 12, 2008

Agak-agak macam mana rupa hiburan kalau PAS perintah Malaysia.

Aku pun tak ingat kot mana aku boleh terjumpa artikel ni. Bila aku terbaca "I really can’t envision KL turning into PAS country unless PAS somehow relaxes the entertainment and dressing restrictions."

Kat word "entertainment" tu aku macam terberenti baca, macam tak sedar aku terus terkomen. Bila aku baca balik artikel tu betui-betui sat tadi, nampak sangat komen aku tu tak berapa nak kena, maksud aku tak berapa nak kena komen aku dengan artikel tu.

Yang betuinya apa yang aku nak bagi tau, aku sendiri tertunggu-tunggu macam mana bentuk hiburan acuan PAS. Sampai la ni aku masih lagi blur. Kalau ada orang tanya aku, dah gerenti punya aku tak dapat jawab pasai aku memang takdak jawapan. Kalau takat nak jawab memang laa boleh tapi jawab dalam keadaan aku sendiri pun tak yakin dengan jawapan aku.

Aku pernah bangkitkan isu ni dengankawan-kawan, kawan-kawan yang aku harap boleh bagi aku jawapan. Kebanyakkannya first sekali bagi contoh Konsert Mawi kat Kelantan yang TG Nik Aziz buat. Masalahnya Ketua Dewan Ulama' tak setuju.

Tapi bila aku tanya macamana dengan rancangan kat TV depa mula tersentot, bila aku kata "takkan nak pasang orang mengaji 24 jam kut?" mola laa depa pandang aku semacam.

Bila aku sebut radio IKIM, ada yang kata dah ok tapi ada jugak yang kata "pun tak berapa tepat". Lepas tu pulak bila aku bangkitkan masalah ada hadith kata alat musik bertali haram, lagi macam-macam jawapan aku dapat. Bila aku tanya macamana dengan keyboard yang boleh buat bunyi semua jenis alat musik ada pulak yang tercengang.


Yang betuinya bukan masalah takdak jawapan, tapi masalah pasai banyak sangat jawapan. Sampai aku sendiri taktau nak pegang yang mana. Tambah-tambah pulak orang jenis aku yang biasa beli album King Diamond guna duit biasiswa. Jenis yang masa zaman sekolah dulu boikot radio pasai ban Wing & Search isu rambut panjang.

Sampai laa ni pun aku tak berapa nak "betah' duduk dalam kebanyakkan kuliah yang dok ada pasai kepala otak payah nak tumpu, selalu lawan berhujjah dalam hati, tambah pulak kalau kuliah tu dah jadi macam ceramah kat Dataran Purnama.

Cukup terasa bila Muhaimin sambung belajar, YB Ust Firdaus tak dapat sambung apa yang dia
dah buat untuk dunia hiburan bagi pihak PAS. Memang payah pasai Muhaimin orang seni, Ust Firdaus orang sport, aku tak kata Ust Firdaus tak layak ganti, memang dia layak pasai dua-dua cabang tu termasuk dalan DACS (Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan).

Harap-harap bila Muhaimin balik dengan gelaran Doktor, dia akan sambung balik apa yang terhenti. Orang macam Muhaimin memang tak ramai dalam PAS, kalau ada pun takdak yang seberani Muhaimin untuk kedepan mencuba sesuatu yang baru melepasi tembok yang PAS sendiri bina selama ni.

Orang zaman ni bukan nak jawapan yang takat boleh didengar, atau dibaca, tapi dalam bendut yang boleh didengar, dilihat dan dirasa. Kena ada jawapan dalam bentuk perbuatan. Jawapan bentuk perbuatan yang hanya sekali dari TG Nik Aziz tak cukup kuat. Perlu dikembangkan jawapan tu.

Aku makin takut bila orang macam Yasmin Ahmad yang jawab dengan muallaf. Harap-harap akan lahir orang filem macam Majidi Majid kat Malaysia yang boleh mengubah presepsi masyarat pelbagai kepada filem terutama sekali untuk penggiat seni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...