Aku cukup tak faham, macamana benda ni boleh berlaku. Orang kafir, tak kira la kafir zimmi ka kafir harbi ka, yang herannya depa boleh teringin nak masuk PAS. Aku rasa PAS pun bukan nak sangat depa jadi ahli tapi politik punya pasai laa ni. Nak buat macamana, kalau tak buka lagi payah kut.
Tak tau laa orang lain, tapi aku secara peribadi tak pernah lagi bersetuju. Macam-macam dah hujjah politik yag aku dengar, setakat ni takdak hujjah yang cukup kuat untuk aku pegang, sampai aku boleh setuju. Cumanya tak setuju aku tak laa nak buat demo. Takat aku dengan mulut aku ja laa.
Kalau ada sapa yang tanya aku, jawapan spontan aku "TAK SETUJU". Pasai apa? Aku simpan hujjah aku dulu. Kalau tanya aku offline mungkin aku akan bentangkannya. Aku cuma menggunakan hak aku untuk berbeza pendapat, tak salah kan?
Cumanya pada aku laa, PAS terpaksa buka keahlian pasai desakan politik. Kalau ada sapa-sapa yang kata pasai dakwah, memang samada dia belum betui-betui kenai PAS ataupun dia jenis kormesial. Pasai bagi aku kalau setakat nak berdakwah, dengan ahli PAS yang dok ada pun tak tera mana dakwah pun.
Kalau tak percaya cuba buat kajian rambang, berapa orang yang tau apa itu usrah, tamrin, mukhaiyyam. Tak payah tanya depa biasa hadir ka dak. Dari situ pun dah dapat tau setakat mana kekuatan PAS untuk berdakwah.
Kalau takat nak berdakwah face to face tak payah jadi ahli pun takpa. Takat jadi ahli kelab penyokong pun dah kira power punya link. Taktau laa pulak kalau memang ada dibuat dakwah secara tersusun yang aku tak pernah dapat maklumat.
Kut mana pun kebaikkan dia ada jugak. Sekurang-kurangnya PAS boleh lebih tegas dengan depa ni. Jangan pulak lepas ni timbui cerita macam-macam kat pejabat dewan yang baru ni. Kalau masa dulu bila kat rumah kelab depa main mahjong, kita boleh laa kata tu budaya depa. Tapi bila dah jadi ahli parti berdaftar takkan tu jugak jawapan kita.
Tapi macam yang Bakar beca tulis Ketua Pemuda PAS pernah kata:
- "Bagi kita, agama kita adalah territory atau wilayah kita, agama orang lain pula wilayah mereka. Kita tidak pernah dan tidak mahu menceroboh wilayah orang lain dan orang lain jangan menceroboh wilayah kita.
- "Kita tidak pernah melakukan provokasi ke atas agama orang lain. Orang lain pula janganlah melakukan provokasi ke atas agama kita."
Bila keadaan macam ni berlaku, agak-agak macam mana kita nak handle. Dewan yang baru ni akan duduk belah mana? Atau pun kita senang-senang boleh hantar surat tunjuk sebab 'kenapa tak boleh pecat'.
Takpa laa kut, macam kata MB Perak masa awai-awai angkat sumpah dulu, kes apa aku tak ingat, dia kata "kita lintas jambatan bila kita jumpa" lebih kurang macam tu laa kut terjemahan dia.
Apa-apa pun keputusan dah pun dibuat masa retreat kat Langkawi baru ni, moga-moga ijtihad pimpinan PAS kali ni dapat dua pahala.
Berita rujukan