Kalau ikut pencalonan, Kak Ijat dah layak lawan Ketua Wanita, dan kalau ikut jumlah pencalonan memang patut pun dia lawan, memang suara suruh dia lawan cukup kuat.
Memang laa pencalonan dia sikit berbanding kak Pidah tapi dalam keadaan ada pakej peralihan kuasa pun dia boleh dapat lebih setengah pencalonan dari Kak Pidah, banyak tu. Silap-silap Kak Pidah yang ketar lutut.
Tambah pulak ada bahagian yang secara terbuka berani suruh Kak Pidah mempercepat peralihan kuasa, bahasa kasarnya depa tu suruh Kak Pidah turun laa, takkan tu pun tak faham. Cumanya Kak Pidah saja buat-buat tak faham kut, aku rasa pasai
seboleh mungkin dia nak jaga reputasi dia, biar sejarah tak tertulis
yang dia dipaksa berambus macam yang Paklah kena.
Bagi aku, untuk kebaikan ahli wanita Umnoi terutamanya para perwakilan perhimpunan agung wanita, sebaik-baiknya Kak Ijat kena lawan Kak Pidah. Kak Ijat patut bagi peluang kat perwakilan supaya dapat peluang lebih lumayan, peluang himpun duit macam durian runtuh.
Kat Malaysia ni peluang duit runtuh cuma ada dua masa, nombor satu masa pilihanraya, yang ni boleh kata semua rakyat berpeluang untuk dapat duit rutuh. Masa ni laa peluang rakyat nak dapat jalan 'tat' sampai tangga rumah. Takat kain pelekat, kain batik, duit lima puluh memang dah tak heran.
Kalau ada kad ahli Umnoi lagi laa luas peluang. Jadi tukang tampai poster jaa pun paling koman boleh dapat 50 ringgit. Lagi besar jawatan lagi kembung laa pakit. Tambah pulak kalau pilihanraya kecik, lagi laa mewah.
Lagi satu peluang masa ni laa, masa demam pemilihan Umnoi, tambah pulak kali ni masa kempen lebih panjang, silap-silap boleh dapat 2, 3 round dari sorang calon, masing-masing calon ambik giliran pakat 'up'. Bukan takat boleh bawak balik kancil, Saga baru pun ada can, takat kancil secondhand tak main laa.
Walaupun semua orang termasuk calon yang bertanding dok kutuk politik wang tapi jangan risau, duit tetap akan turun. Depa tu takat bahasa kat mulut ja, dan depa pun tau yang perwakilan pun tak percaya cakap depa. Takkan kita percaya depa nak yakin kat kredibiliti depa sendiri. Dah jadi rahsia yang hampir semua orang tau, mana ada pemimpin Umnoi yang bersih. Kalau bersih jangan harap boleh sampai jadi calon perhimpunan agung, takat nak jadi ketua pemuda cawangan pun belum tentu. Sahih dah depa tabur duit punya.
Untuk G7 tentu dah bertambah lumayan pasai kali ni Timbalan pun lawan. Pulak tu Ali Rustam dengan Mat Taib pun layak jugak. Takkan Ali Rustam nak harap perwakilan Melaka ja yang undi dia, para Datuk Melaka pun dah ramai yang bersara dari jadi perwakilan. Mat Taib pulak bukan takat Malaysia, satu dunia tau dia ni kaya, nilai duit bagi dia mungkin macam duit pokok pisang jaa. Memang lumayan laa. Tu tak masuk lagi naib, MT.
Perwakilan pemuda pun akan mewah jugak. Khairi dah tak berapa nak boleh pakai nama pak mentua dia dah dan dia pun dah bersedia, takkan kawan-kawan dia kat Singapore tak tolong bagi modai. Khair Toyo pun lebih kurang jugak. Perwakilan Selangor pun tak solid kat dia, tambah pulak dah jadi ketua pembangkang sapa sangat yang nak setia dengan dia. Dan dia pun masa jadi MB dulu kata depa banyak jugak dok himpun modai.
Mukhriz jaa yang aku tak berapa pasti, kalau nak harap duit dia dah tak banyak mana tinggai kut. Masa kena belasah dengan Khairi dulu ramai proksi dia yang lingkup tak tahan pasai kena top-up duit saham tiap-tiap hari. Tapi takkan geng CheDet tak tolong, lagi pun ni laa peluang depa nak rebut balik, masa Paklah baru ni depa semua kena kuih, ni laa peluang nak buat comeback.
Cuma perwakilan wanita jaa, kalau tengok keadaan laa, peluang nak shopping sakan memang kurang. Kalau saheh Kak Ijat tak lawan, silap-silap sewa hotel pun kena bayar sendiri-sendiri. Takat Naib Ketua pejam mata pun Kak Ijat boleh menang. Lagi untung jadi perwakilan Puteri aku rasa. Tapi Puteri tak mahai, kalau takat bahagian duit nak beli coli pun depa kata tak lepas, peringkat pusat ni boleh laa kut takat dapat baju kebaya baru gaya terbaru.
Tapi kalau hangpa mintak kat Najib, takat baju macam "Escante Women's Long-Sleeved Mesh Sleep Shirt and Matching Lace G-String" senang-senang boleh dapat. Jangan pulak gatai mulut pi cerita kat orang, takut sampai kat Kak Ros. Bukan apa aku takut satgi kosong pulak gudang bom ATM.
Akhirnya aku bagitau kat semua perwakilan wanita umnoi terutama yang ada blog. Baik hangpa pakat ramai-ramai paksa kak Ijat lawan, kalau boleh cari jalan sampai wanita Kuala Kangsar pun ikut sama. Kalau nak mintak tolong aku rasa Mat Saman Kati paling sesuai pasai dia orang Kati Kuala (Bahagian Kak Pidah jadi ketua). Kalau kena masuk hutan lagi sekali pun aku rasa dia sanggup. Bagi kat dia takat 25 ringgit suku pun dah cukup. Nak cari dia senang pi jaa ke kedai kopi Janda Bakar kat Kati Sauk, yang paling hensem kat situ dia laa. (Sorry, salah fakta, Kedai Janda Bakar bukan kat Kati tapi kat Sauk)
Bukan apa aku kesian kat hangpa. Hangpa pun hidup dah tak lama lagi dah. Pemilihan lagi sekali tak tentu lagi hangpa hidup ka mati. Kalau hidup pun belum tentu depa nak bagi lagi hangpa jadi perwakilan, belambak lagi hat comey-comey, kena pulak Mat Taib menang Timbalan, lagi laa nipis harapan hangpa. Dari itu jangan lepaskan peluang keemasan ni, malam ni jugak hangpa kena mula buat kerja. Kalau jadi lawan, macam Hj Bakhil kata "Bukan takat telur separuh masak, kau nak makan kepala gajah sekali pun makan lah."