Jangan pulak ada yg terlebih terkejut dengan tajuk tu, saja ja buat gempak sikit. Memang kena tahan pun, bukan dengan polis tapi dengan doktor. Katanya dia pi nak buat check-up ja, tapi doktor tu rasa memang dia ni patut berehat kut, kena tahan kat wad laa.
Kalau takat nasihat ja suruh banyak-banyak berihat, jangan harap laa, mana boleh YB berehat, satgi ramai yang marah. Depa bukan peduli doktor suruh berehat ka apa, yg depa tau wakil rakyat kena tolong depa jugak-jugak. Kalau dah janji kena mai jugak-jugak.
Yang YB aku ni pun satu, jangan laa pulun sangat, kesihatan kena jaga, makan pun kena jaga. Memang laa depa dok jamu tapi kalau bagitau elok-elok depa paham kut. Kalau perlu kena bagi tau apa menu yang tak berapa nak boleh makan, tapi kena bagitau awai laaa. Jangan YB sendiri bagitau satgi ada yang kata ngada-ngada pulak, suruh pegawai YB laa slow talk.
Aku teringat masa dok sibuk kempen dulu, dia ni kena gaut (betui ka ejaan), doktor kata kena berihat dua tiga hari, jangan harap, dan la sehari rilek kut, kesian aku tengok tercengkeh-cengkeh berjalan. Mana tak kena gout, dua hari sebelum tu kat Penang berjalan edar risalah, esoknya kat Pt Buntar pulak berjalan pi bagi sumbangan beras, jenuh berkawat mana tak kena gout, dah la badan 'tembun'.
Kut mana pun kesihatan kena jaga, harap cikgu kena jaga dia betui-betui, kalau perlu paksa dia buat senaman, biar turun sikit berat badan tu, kena jadi cenge sikit. Kalau ada lapang suruh dia pi turun tepi sungai lepas subuh, kalau tak silap tiap-tiap hari ada satu geng dok buat tai-chi kat dataran sungai kerian tu, YB Lim biasa pi situ, kalau nak pi elok ajak sekali Bob sama, dia pun tembun jugak.
Apa-apa pun semoga cepat sembuh, dan dapat pi dewan. Harap-harap jangan masa dewan buat undi tak percaya kat PM kita kalah satu undi, tengok-tengok kerusi Parit Buntar kosong. Kes naya laaa...
Semoga cepat sembuh.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang Tuan Fazil Kimi memaklumkan bahawa YB. Dr. Mujahid Yusuf Rawa Timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Ahli Parlimen Parit Buntar masuk hospital Pulau Pinang petang tadi.
Dimaklumkan YB.Mujahid Yusuf Rawa berada di Hospital Pulau Pinang Wad C6. Suspected Guillain-Barre Syndrome (GBS). Tuan-Tuan yang mempunyai masa bolehlah zairah YB. Mujahid jika ada masa kelapangan.