Malam raya kedua, aku dan jugak pi ke Markas Tarbiah Parit Buntar, kat Titi Serong, ada Himpunan Anak Perantauan. Walaupun muka aku selalu ada kat kampung tapi aku duduk kat Junjung, kita merantau jugak laa walaupun tak jauh mana. Sapa pun kalau tanya pasai apa jarang jumpa aku, aku akan jawab aku tak duduk kampung dah, walaupun dalam seminggu lebih banyak aku kat kampung dari kat Junjung.
Apa-apa pun, pada aku majlis malam tu kira berjaya laaa. Bukan ramai mana pun, kalau ikut YB Lim, dia kata 150 orang, aku rasa tak sampai, dalam 100 orang ada la kut. Kalau banding yang lepas-lepas memang berjaya sesangat. Ada satu tahun tu tak sampai 5 orang pun pernah, kalau tak silap aku raya tahun 2004 kut, lepas Dato' Hasan Ali gagal mempertahankan kemenangan pilihanraya sebelum tu.
Patutnya ketua pemuda negeri, Ust Taliban mai, tapi depa kata anak dia kena lelah. Sapa pun takdak ganti, patutnya kalau dah tak boleh mai tu, cari laa sapa-sapa ganti, Ust Mustafa ka, Ust Awi ka, sapa-sapa laa, ramai pimpinan pemuda negeri takkan takdak sorang pun boleh jadi wakil.
Antara yang bagi ucapan, Ketua Pemuda Shah Alam, merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. Dia ni wakil Persatuan Anak Perak di Perantauan. Rupanya Persatuan Anak Perak belum hidup lagi, baru peringkat penaja. Harap-harap persatuan ni boleh jadi macam Perakan yang kat Kelantan, macam anak perantauan Terengganu.
Aku tengok kat senagai nama kehadiran, Al-Banjari pun ada mai tapi kat blog dia takdak pun update. Ingatkan boleh laa aku curi gambar kat blog dia, haram takdak. Kot-kot dia cari aku, mintak maaf, setakat la ni aku lebih selesa aninomous, biar orang tak kenai, senang sikit aku nak belasah.
YB Lim pun berucap jugak, tah apa dia cakap aku tak tau pasai tak dengar, sebuk bersembang dengan member. Lagi pun malas aku nak duduk kat bangku dalam dewan tu, payah nak hisap rokok, bukan segan tapi menghormati majlis.
Cumanya aku tak puas hati sikit pasai apa Shamsul Idris takdak, dia ni di kalangan anak perantauan yang aku tau kira yang paling hebat laa kut, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan. Boleh kata tiap-tiap tahun dia ni ada, takkan dia tak tau kut. Kat web PAS Parit Buntar ada, kat Tranungkite ada, kat Marhaen pun ada keluar pasai program ni. Sibuk sangat kut. Mungkin jugak tahun ni dia beraya kat rumah mentua dia dulu kot baru balik Parit buntar.
Apa-apa pun, pada mana-mana bloggers yang hadir pada program tu, jangan segan-segan, tulis laa sikit, bagi sokongan kat PAS tempat sendiri.