Himpunan Anak Perantauan Parit Buntar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 26, 2008

Himpunan Anak Perantauan Parit Buntar


Harap blogger yang berasal dari Parit Buntar tolong promote sama. Yang bukan asal Parit Buntar pun dialu-alukan kalau nak tolong promote.

Aku nak cadangkan kat semua 'Anak Perantauan Parit Buntar' kalau boleh tahun ni buat plan supaya malam raya kedua ada kat Parit Buntar, kalau nak kena balik rumah mentua jugak, balik raya pertama, malam raya kedua pastikan ada kat Parit Buntar.

Macam tu jugak yang mentua orang Parit Buntar. Biar tahun ni beraya kat rumah mentua hari raya kedua. Jangan balik saja, pakat ramai-ramai sekeluarga pi beraya kat Markas. Sekurang-kurangnya boleh laa beramah mesra dengan para YB. Dan lagi kut kalau nak kena ubah plan.

Lagi satu aku rasa patut ada semacam satu persatuan untuk semua 'Anak Perantauan Parit Buntar'. Kalau tak silap aku, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan asai dari Parit Buntar, mungkin dia boleh usahakan. Dan aku rasa ada lagi orang hebat-hebat asai Parit Buntar yang boleh menggerakkan 'persatuan' ni.

Pada aku melalui 'persatuan' ni boleh dijadikan saluran untuk menyumbang kepada PAS Parit Buntar untuk memastikan kemenangan benar-benar diisi. Jangan jadi macam dulu, pilihanraya tahun 99 menang lepas tu pilihanraya 2004 KALAH.

Tahun 99 dulu ada Dato' Hasan Ali, satu nama besar dalam PAS, pilihanraya sekali lagi pun boleh kalah. Kali ni pulak ada Ust Mujahid Rawa, tokoh yang tak kurang hebat terutama dalam menjayakan slogan 'PAS Untuk Semua.' Kena pakat-pakat tolong laa, jangan pilihanraya kedepan satgi kalah jugak. Malu kita jadi orang Parit Buntar, satgi orang kata orang Parit Buntar memang tak boleh harap, pengundi bagi peluang 2 kali pun depa tak jaga jugak.

Oleh itu, mai laa ramai-ramai, ni laa ruang nak bagi pendapat, cadangan atau saranan, jugak amaran, ancaman atau belasahan.

MAI PAKAT-PAKAT BALIK KAMPUNG


Dewan di Pusat Tarbiah PAS Titi Serong, masa jamuan kemenangan baru ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...