Aku cukup setuju bila Cikgu Azizi kata badan saja PAS, baju Keadilan. Mungkin orang lain nampak kut lain tapi bagi aku yang ada 'sentimen peribadi' dengan apa-apa yang berkait dengan Keadilan perasan sangat keadaan ni. Memang itu realiti, kat kampung aku kat Parit Buntar pun macam tu.
Pernah masa belum pilihanraya lepas, aku tegur sorang member. Sibuk tanya awat tak panggil orang Keadilan ceramah sama. Awat tak pasang bendera Keadilan masa ceramah. Baru aku jawab sikit, terus dia kata aku tak pandai politik. Lepas tu pulak kata aku tak wala' kat pimpinan pasai tak suka kerjasama. Bukan takat dia sorang aku jumpa, ramai lagi yang lain, yang lebih teruk dari tu pun ada.
Masalah ni puncanya pasai depa tak faham. Depa tak faham konsep politik haraki, depa tak faham tahaluf-siyasi. Malah yang lebih sedih depa tak faham konsep perjuangan sebenar PAS. Apa yang sebenarnya PAS perjuangkan. Apa misi dan visi PAS
Aku tak sangat nak menyalahkan depa-depa ni. Depa ni jadi macam tu pasai takdak sapa yang berusaha sungguh-sungguh nak ubah depa. Bagi depa betui-betui faham.
Kalau PAS betul-betul yakin dengan FASAL 5 PERLEMBAGAAN, masalah ni kena perbetui. Kena buat kajin mendalam, kena buat kertas kerja lengkap. Kena ada target, kena ada schedule. Dan yang lebih penting kena buat pemantauan, dan pemantauan tu pun kena masukkan sekali dalam schedule tu.
Alhamdulillah, PAS Perak nampaknya macam faham masalah ni, dah ada usaha nak hidupkan satu cawangan satu usrah. Masalahnya aku meragui usaha ni. Kalau buat SWAT kat Parit Buntar bagi aku program ni nampaknya akan jadi macam sekadar nak buat, jangan sampai orang kata Lajnah Tarbiah PAS Negeri tak buat apa.
Jawapan skema yang biasa depa bagi kalau sesuatu program/projek gagal "Kita dah cuba buat tapi takdak kerjasama dari kawasan, takdak kesungguhan dari cawangan, nak buat macam mana."
Pada aku depa dah faham punca sebenarnya. Depa sendiri sebut 2 faktor penting iaitu 1.Takdak kerjasama, 2.Takdak kesungguhan, yang keduanya hasil dari masalah utama iaitu 3.Takdak kefahaman yang betui.
Masalahnya 3 masalah ni depa tak cuba selesai dulu. Patutnya dua benda ni perlukan satu kerta kerja khusus, perlu projek khusus, perlu dibagi keutamaan. Dua perkara ni kena dimasukkan dalam semua kertas kerta projek/program yang nak dibuat. Walau macammana sekali pun 3 masalah utama ni kena diatasi.
Aku pun bukan ada idea sangat tapi ada sorang member bagi cadangan, apa kata kalau PAS perluaskan ILHAM, Institut Latihan dan Perkaderan Dakwah. Aku setuju sangat cadangan tu. PAS sepatutnya menyebarluaskan ILHAM, ujudkan cawangan ILHAM di setiap kawasan. Pastikan semua lapisan pimpinan masuk ILHAM. Kalau perlu, permudahkan modul yang akan digunakan. Mungkin boleh buat beberapa tahap kursus mengikut level pimpinan.
Kalau takdak kesungguhan diperingkat pimpinan PAS sendiri, jangan marah kalau aku kata dan terus akan kata "PAS ni politik nombor satu, dakwah tah nombor berapa"